Page 5 - PENGENALAN USRAH
P. 5
SILIBUS 1: PENGENALAN USRAH
PENGENALAN USRAH
- Perkataan usrah berasal dari kalimah bahasa arab yang bermaksud
keluarga.
- Istilah usrah digunakan untuk menunjukkan adanya hubungan
atauikatan persaudaraan sesama manusia.
- Satu unit kumpulan fardhul muslimin (individu muslim) yang
beriman kepada Allah SWT, yang diikat dengan wehdatul aqidah
(kesatuan keimanan), wehdatul fikr (kesatuan pemikiran), dalam
memahami dan menghayati Islam secara syumul.
MENGAPA PERLU USRAH?
- Usrah adalah antara cara yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W.
dalam penyebaran Islam secara sembunyi pada mulanya. Apabila
kita berusrah kita telah menghidupkan salah satu sunnah terbesar
Baginda Rasullullah S.A.W.
- Usrah juga digunakan Rasulullah SAW untuk mendidik generasi
awal para sahabat bagi menanam keyakinan dan keimanan
kepada Allah dan RasulNya. Bermula dengan sejumlah 30 lelaki
dan wanita, Rasulullah mengumpulkan sahabat dalam pertemuan
sulit dirumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam. Jumlah ini semakin besar
dan banyak sehinggalah Allah memerintahkan Rasulullah SAW
untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Ini
dinyatakan dalam firman-Nya;
“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang
diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.”
- Usrah bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau
mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama
ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan
juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah
dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan.
4