Page 7 - PENGENALAN USRAH
P. 7
Rukun ini seharusnya diaplikasikan dalam bantuan moral dan material sama
ada bersifat peribadi mahupun keluarga. Dari Al-Imam Nawawi daripada
Umar Al- Khattab beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sekiranya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya,
itu adalah lebih baik baginya beriktikaf selama sebulan,”
AKTIVITI USRAH
1. TAZKIRAH
Menyampaikan tazkirah adalah salah satu pengisian wajib dalam usrah.
Tajuk- tajuk tazkirah tidak semestinya terikat kepada teks usrah dan
digilirkan tugasan memberi tazkirah kepada semua ahli. Secara tidak
langsung, setiap ahli usrah akan terlatih menjadi pentazkirah dan mampu
mengembangkan usaha meluaskan dakwah Islamiah.
2. PERKONGSIAN MASALAH
Usrah juga adalah ruang yang sesuai untuk melontarkan persoalan samaada
yang berkait dengan persoalan peribadi ahli usrah ataupun yang berkait
dengan persoalan akademik, dakwah dan sebagainya. Selari dengan
pengertiannya sebagai sebuah keluarga, setiap persoalan yang dibangkit
dapat diselesaikan dengan semangat kekeluargaan.
3. DISKUSI SILIBUS
Usrah adalah satu program pembinaan fikrah dan peribadi Muslim yang
penting. Oleh sebab itulah disusun silibus secara sistematik agar proses
pembinaan ini berlangsung secara berstruktur dan berkesan. Silibus ini
merangkumi huraian atau tafsiran ayat-ayat suci AlQuran dan hadith
daripada Rasulullah SAW dan mengaitkan tafsiran tersebut dengan isu-isu
dan polemik semasa untuk memantapkan lagi diskusi bersama ahli usrah.
6