Page 8 - PENGENALAN USRAH
P. 8
4. IKTIKAF, QIYAMULAIL, IFTAR
Amalan ibadah secara jama’ie (berjamaah) ini dapat memantapkan
pembinaan ruhiyyah selain dapat mengukuhkan ukhuwwah dikalangan ahli
usrah. Pengisian ruhiyyah ini juga adalah pelengkap kepada pengisian fikrah.
5. TABUNG INFAQ
Setiap kumpulan usrah boleh mewujudkan tabung usrah masing-masing.
Budaya infaq ini memupuk budaya berkorban dan menyumbang serta
mengikis perasan kedekut dalam diri. Pada masa yang sama, tabungan ini
dapat dijadikan sebagai dana membantu ahli usrah yang berada dalam
kesempitan
6. MUHASABAH
Elemen muhasabah juga antara pengisian yang berkesan dalam menyemak
prestasi semasa para ahli sama ada dari sudut akhlak, ibadah, disiplin
dansebagainya. Perlu diingatkan bahawa muhasabah bukanlah platform
untuk saling salah menyalah sebaliknya untuk memperbaiki apa yang kurang
dan memantapkan apa yang sudah baik.
7. ZIARAH
Aktiviti ziarah juga boleh dijadikan sebagai aktiviti usrah. Ahli usrah boleh
menziarahi rumah salah seorang daripada ahli usrahmereka, ataupun
menziarahi rumah -rumah orang yang berjasa dalam masyarakat seperti para
ulama’, pemimpin Islam atau pun aktivis masyarakat.
8. RIADHAH
Aktiviti usrah juga dapat diadakan dalam bentuk yang lebih santai antaranya
melalui pendekatan riadhah. Walaupun dalam keadaan bersukan, naqib
perlu dalam menyampaikan mesej dan tazkirah kepada para ahli dan suasana
yang santai ini menyebabkan mesej yang disampaikan mudah diterima selain
dapat merapatkan ukhuwwah melalui bersukan.
7