Page 27 - Ebook MBK SNT
P. 27

21

                   Setiausaha  membentangkan  jumlah kehadiran  perwakilan yang  hadir  dan
                   disahkan oleh Jawatankuasa Tauliah iaitu :-

                   Jumlah Perwakilan yang Hadir : 141 Orang
                   Jumlah Pemerhati yang Hadir :    68 Orang

                   Berdasarkan jumlah  kehadiran tersebut,  persidangan ini telah layak  untuk
                   dilaksanakan pada hari ini.


             5]    MENGESAHKAN MINIT PERSIDANGAN PERWAKILAN MBK S&T KALI KE-16 PADA 10

                   OKTOBER 2022 DI HOTEL SERI PASIFIK, KUALA LUMPUR

                   5.1  Minit telah dibentangkan oleh Sdra. Ashaari bin Maarof, Setiausaha Majlis

                         Bersama Kebangsaan Bagi Pihak Pekerja Sains dan Teknologi  bagi
                         Persidangan Perwakilan  Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pihak Pekerja

                         Sains dan Teknologi kali ke-15 dari muka surat 15 hingga 20 dan lampiran
                         senarai  perwakilan  dari  muka  surat  21  hingga  25,  lampiran  senarai

                         pemerhati dari muka surat 26 hingga 27, lampiran Usul-usul yang diterima

                         untuk  dibahaskan  pada  sesi  2020-2022  pada  muka  surat  28  hingga  29,
                         lampiran senarai pencalonan Ahli  Majlis Penuh Pihak Pekerja  Majlis
                         Bersama Kebangsaan Sains dan  Teknologi bagi  sesi 2020  hingga 2022

                         bermula muka surat  30 hingga 37  dan lampiran yang terakhir adalah

                         keputusan pengiraan undi bagi Ahli  Majlis Penuh Pihak Pekerja  Majlis
                         Bersama Kebangsaan Sains dan Teknologi bagi sesi 2018 hingga 2020.


                   5.2  Sdra. Reostam bin Dzahar dari Kesatuan Pemandu-Pemandu Kementerian
                         Kesihatan Semenanjung Malaysia mencadangkan minit ini diterima.


                   5.3  Disokong oleh Sdra.  Haji Kamal  bin Abu Bakar dari Kesatuan  Pembantu
                         Pembedahan  Pergigian  Semenanjung Malaysia  dan  Mesyuarat bersetuju

                         sebulat suara.












                                                             21
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32