Page 28 - Ebook MBK SNT
P. 28
22
6] MENERIMA DAN MELULUSKAN LAPORAN PERSIDANGAN PERWAKILAN
DWITAHUNAN KALI KE-15 MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BAGI PIHAK PEKERJA
SAINS DAN TEKNOLOGI BAGI SESI 2020-2022
6.1 Sdra. Ashaari bin Maarof selaku Setiausaha Majlis Bersama Kebangsaan
Bagi Pihak Pekerja Sains dan Teknologi telah membentangkan minit
mesyuarat Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan kali ke-15 Majlis Bersama
Kebangsaan Bagi Pihak Pekerja Sains dan Teknologi bagi sesi 2020-2022
dari muka surat 43 hingga 61 dan lampiran-lampiran dari muka surat 62
hingga 63. Turut dibentangkan laporan Usul-usul Mesyuarat Perwakilan
Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pihak Pekerja Sains dan Teknologi bagi
sesi 2020-2022 dari muka surat 64 hingga 68 untuk disemak dan disahkan.
6.2 Sdra. Ashaari bin Maarof selaku Setiausaha Majlis Bersama Kebangsaan
Bagi Pihak Pekerja Sains dan Teknologi juga memaklumkan bahawa MBK
bukan sahajaj bermesyuarat secara terus dgn Jabatan Perkhidmatan
Awam tetapi juga mempunyai enggagement ataupun kolaborasi bersama
Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi makluman semua, terdapat 16
kesatuan gabungan MBK S&T hampir 50 peratus daripada keseluruhan
gabungan datangnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia, maka ini
menunjukkan bahawa enggagement ini merupakan tugas tambahan MBK
SNT khususnya sekretariat sejak 2016 sehingga kini. Makluman Setiausaha
MBK S&T bersama-sama dengan urusetia KKM, boleh dirujuk pada muka
surat 84-94. Semua mesyuarat yang dilaksanakan dari pihak Kementerian
Kesihatan Malaysia adalah mesyuarat penyelarasan. Kertas-kertas
cadangan daripada MBK S&T, dari kesatuan yang bernaung dibawah KKM
maka satu mesyuarat penyelarasan bersama KKM akan dijalankan dan
barulah ianya diangkat kepada mesyuarat MBK Penuh.
6.3 Sdra. Zulkifli bin Mohamad Dari Kesatuan Kakitangan Umum Universiti
Teknologi Mara (KKUUiTM) mencadangkan minit ini diterima.
6.3 Disokong oleh Sdra. Mohd Rizal bin Mohd Darus dari Kesatuan Pembantu
Perawatan Kesihatan Semenanjung Malaysia dan Mesyuarat bersetuju
sebulat suara.
22