Page 29 - Ebook MBK SNT
P. 29
23
7] MENERIMA DAN MELULUSKAN LAPORAN KEWANGAN BAGI TEMPOH 2020-2022
7.1 Sdra. Ajulahin bin Japin selaku Setiausaha Kewangan membentangkan
Laporan dan Perbelanjaan Pejabat Urusetia Majlis Bersama Kebangsaan
Bagi Pihak Pekerja Sains dan Teknologi bermula 01 Januari 2021 hingga 31
Disember 2021 dan Laporan Perbelanjaan Pejabat Urusetia Majlis Bersama
Kebangsaan Bagi Pihak Pekerja Sains dan Teknologi mulai 1 Januari 2022
sehingga 31 Ogos 2022.
7.2 Sdra. Norman Bin Taib Dari Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja
Penguasa Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE)
mencadangkan laporan ini diterima.
7.3 Disokong oleh Sdra. Syahizal Bin Md Akir Dari Kesatuan Pekerja-Pekerja
Kerajaan Negeri Kedah dan diterima sebulat suara.
8] MENERIMA ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TEMPOH 01
APRIL 2022 HINGGA 31 MAC 2024
8.1 Sdra. Ajulahin bin Japin selaku Setiausaha Kewangan membentangkan
anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tempoh 01 April 2022
hingga 31 Mac 2024.
8.2 Sdra. Mohd Zool Asmani bin Mahmood Dari Kesatuan Inspektor Kesihatan
Semenanjung Malaysia (KIKSM) mencadangkan laporan ini diterima.
8.3 Disokong oleh Sdra. Murugavel A/L C.S. Aruman Dari Kesatuan Pekerja-
Pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diterima sebulat suara.
9] PEMILIHAN AHLI-AHLI MAJLIS PIHAK PEKERJA SEPERTI PERATURAN 10.1
9.1 Sdra. Abdul Rashid bin Alias dari Kesatuan Pekerja Kerajaan Negeri Johor
sebagai Ketua Pengira Dan Pemeriksa Undi Sulit mengetuai bagi pengiraan
undi sulit dan memperkenalkan barisan calon-calon serta memberi taklimat
bersama-sama syarat-syarat pengundian seperti mana yang termaktub
dalam Perlembagaan Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pihak Pekerja Sains
dan Teknologi dan Peraturan 10 dibaca bersama Peraturan 24.
23