Page 68 - Ebook MBK SNT
P. 68

dinafikan peranan yang dimainkan oleh PPTM
                                                                dan JTK sama penting dan relevan. Walaupun
                                                                cadangan ini mengambil kira kelayakan
                                                                akademik yang dimiliki oleh skim JTK di mana
                                                                kebanyakannya mempunyai sijil politeknik
                                                                yang setaraf dengan diploma yang berkaitan,
                                                                MITI berpandangan bahawa peranan serta
                                                                kemahiran oleh kedua-dua skim ini adalah
                                                                berbeza terutamanya dari segi kompleksiti
                                                                tugasan.

                                                                4.3.4 Mesyuarat turut mengambil maklum
                                                                pandangan KKR bahawa JTK masih amat
                                                                diperlukan di pejabat Kerajaan
                                                                memandangkan skop tugas yang berbentuk
                                                                pembaikan segera bagi peralatan ICT.

                                                                4.3.5 Mesyuarat mengambil maklum ulasan
                                                                dan pandangan ahli-ahli mesyuarat serta
                                                                cadangan Pihak Pekerja yang memohon
                                                                untuk menukar lantik Gred FT19 hingga FT28
                                                                bagi melaksanakan tugas-tugas seiring
                                                                dengan peredaran teknologi. Dalam konteks
                                                                ini, perbezaan skop dan kompleksiti tugas
                                                                perlu diambil kira yang mana kedua-dua skim
                                                                perkhidmatan masih relevan dan saling
                                                                memerlukan dalam memastikan penghasilan
                                                                mutu kerja yang lebih efisien.

                                                                TINDAKAN : Makluman

                  8.     Kertas cadangan bayaran insentif  PETIKAN MINIT MBK 2022 SECARA EDARAN
                         elaun bertugas shif bagi jururawat  4.4.2 Mesyuarat mengambil maklum ulasan
                                                                KKM bahawa Jururawat menerima Bayaran
                                                                Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang
                                                                diberikan berdasarkan empat (4) kriteria
                                                                utama termasuk keadaan persekitaran
                                                                tempat kerja dari segi kesan-kesan kepada
                                                                kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko
                                                                kemalangan dan sistem waktu kerja yang
                                                                digunakan. Kadar BIPK Jururawat lebih tinggi
                                                                berbanding skim perkhidmatan kritikal yang
                                                                lain iaitu 15% daripada gaji pokok.

                                                                4.4.3 Mesyuarat mengambil maklum ulasan
                                                                JPA bahawa Kerajaan telah memutuskan
                                                                dalam. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet


                                                             65
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73