Page 69 - Ebook MBK SNT
P. 69
Transformasi Perkhidmatan Awam (JKK-TPA)
Bilangan 1 Tahun 2018 agar cadangan yang
pernah diangkat ini ditangguhkan kerana
melibatkan implikasi kewangan yang besar.
4.4.4 Mesyuarat mengambil maklum ulasan
MOF bahawa anggaran implikasi kewangan
tambahan berjumlah RM10.5 juta setiap bulan
atau RM126 juta setahun melibatkan seramai
35,000 orang jururawat. Cadangan ini wajar
ditangguhkan pelaksanaannya pada masa ini
mengambil kira kedudukan kewangan
negara.
4.4.5 Mesyuarat mengambil maklum
pandangan MITI bahawa insentif lain yang
bersesuaian boleh dilihat secara holistik yang
tidak melibatkan implikasi kewangan yang
besar kepada negara ataupun insentif yang
kreatif yang tidak hanya terhad kepada skim
melibatkan sektor kesihatan sahaja.
4.4.6 Mesyuarat mengambil maklum
pandangan KSM bahawa pemberian insentif
bertugas shif ini boleh dipertimbangkan pada
kadar yang bersesuaian setelah BIPK
ditangguhkan. Ini sebagai memberi galakan
kepada pekerja di sektor kesihatan untuk
pengalakan mereka di bidang ini dan menarik
minat golongan muda untuk menceburi
bidang ini.
4.4.7 Mesyuarat mengambil maklum
keterangan Pihak Pekerja yang memohon
agar pihak Kerajaan untuk.
mempertimbangkan pemberian insentif
bertugas syif ini pada kadar yang bersesuaian.
Pertimbangan ini sebagal memberi galakan
kepada pekerja di sektor kesihatan untuk terus
memberikan khidmat yang terbaik dan
berkualiti kepada rakyat Malaysia.
4.4.8 Mesyuarat mengambil maklum ulasan
dan pandangan ahli-ahli mesyuarat dan
bersetuju bahawa cadangan ini telah diteliti
oleh pihak Kerajaan dan buat masa ini, faktor
sistem waktu kerja yang digunakan telah
66