Page 76 - Ebook MBK SNT
P. 76

kepakaran dalaman yang tinggi
                                                                 memungkinkan penjimatan dengan
                                                                 mengurangkan kebergantungan kepada
                                                                 konsultan luar contohnya seperti
                                                                 pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU)
                                                                 secara in-house;

                                                                 (b) Ketua Perkhidmatan berpandangan
                                                                 imbuhan atau gaji yang bersesuaian wajar
                                                                 dipertimbangkan bagi mengelakkan
                                                                 kehilangan kepakaran ke sektor swasta;

                                                                 (c) maklumat lanjut dan perakuan daripada
                                                                 Ketua Perkhidmatan diperlukan bagi
                                                                 memperhalusi kaedah dan kriteria khusus
                                                                 dalam cadangan ini selaras dengan prinsip
                                                                 saraan semasa; dan

                                                                 (d) wakil Pihak Pegawai memaklumkan
                                                                 bahawa cadangan ini perlu dikaji secara
                                                                 menyeluruh bagi memastikan insentif dan
                                                                 kriteria kelayakan yang dicadangkan adalah
                                                                 benar-benar signifikan untuk Klasifikasi
                                                                 Perkhidmatan Sistem Maklumat serta perlu
                                                                 mengambil kira implikasi kewangan jangka
                                                                 masa panjang kepada Kerajaan.

                                                                 5.7.3. Mesyuarat bersetuju dengan keterangan
                                                                 seperti perenggan 5.7.2 di atas.

                                                                 Tindakan: MAMPU (Jabatan Digital Negara)
               8.       Cadangan Kenaikan Tuntutan Caj           PETIKAN MINIT MBK 2023 DAN KEPUTUSAN
                        Panggilan Pasca Bayar Atau               5.8.2. Mesyuarat mengambil maklum ulasan
                        Tambah Nilai Pra Bayar Dari RM30         dan keterangan seperti berikut:
                        Kepada RM100 Pemandu                     (a) MOF memaklumkan bahawa Kerajaan
                        Kenderaan                                telah melancarkan Pakej Perpaduan Prabayar
                                                                 Internet Mudah Alih yang diperluaskan kepada
                                                                 golongan belia sehingga 30 tahun,
                                                                 B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas
                                                                 dan veteran bagi mengurangkan kos
                                                                 perkhidmatan internet rakyat. Selain itu, Insentif
                                                                 Postpaid RAHMAH Penjawat Awam
                                                                 dengan pemberian rebat RM10 sebulan juga
                                                                 akan dinikmati oleh seluruh penjawat awam
                                                                 bagi mana-mana pakej postpaid sedia ada
                                                                 bermula 31 Ogos 2023;




                                                             73
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81