Page 24 - EBOOK PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN
MBK
S&T
P. 24
MINIT MESYUARAT PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN MAJLIS
BERSAMA KEBANGSAAN PIHAK PEKERJA SAINS DAN TEKNOLOGI KALI KE-16
Tarikh : 11 Oktober 2022
Hari : Selasa
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Hotel Seri Pasifik, Kuala Lumpur
1] KEHADIRAN
1.1 Persidangan Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pihak Pekerja Sains dan
Teknologi yang bersidang pada 11 Oktober 2022 telah dihadiri oleh 141 orang
Perwakilan daripada 143 Perwakilan sebenar yang terdiri daripada 65 kesatuan
gabungan.
2] UCAPAN ALUAN PENGERUSI
2.1 YBhg. Dato’ Haji Adnan Bin Mat selaku Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan
Bagi Pihak Pekerja Sains dan Teknologi telah mempengerusikan mesyuarat
daripada mula hingga akhir. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
barisan pegawai tertinggi dan ahli Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pihak
Pekerja Sains dan Teknologi serta perwakilan dan pemerhati di atas kehadiran
untuk menjayakan persidangan perwakilan dwi-tahunan mbk snt bagi kali ke-16
sesi 2022-2024. Beliau menyatakan bahawa untuk sesi yang lalu banyak
berdepan dengan Pandemik COVID-19 dan ini menyebabkan berlakunya
sedikit sebanyak kekangan dari segi perundingan bersama pihak Jabatan
Perkhidmatan Awam. Namun, pihak jawatankuasa tertinggi telah mencuba
sebaik mungkin untuk meneruskan sebagaimana perancangan yang telah
dilaksanakan pada sebelum ini.
3] MELANTIK SETIAUSAHA MINIT
3.1 Dato Pengerusi memaklumkan bahawa Setiausaha Minit di dalam
18