Page 26 - EBOOK PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN MBK S&T
P. 26

Setiausaha  membentangkan  jumlah  kehadiran  perwakilan  yang  hadir  dan

                   disahkan oleh Jawatankuasa Tauliah iaitu :-
                   Jumlah Perwakilan yang Hadir : 141 Orang

                   Jumlah Pemerhati yang Hadir :    68 Orang

                   Berdasarkan  jumlah  kehadiran  tersebut,  persidangan  ini  telah  layak  untuk

                   dilaksanakan pada hari ini.



             5]    MENGESAHKAN MINIT PERSIDANGAN PERWAKILAN MBK S&T KALI KE-16 PADA 10
                   OKTOBER 2022 DI HOTEL SERI PASIFIK, KUALA LUMPUR


                   5.1  Minit telah dibentangkan oleh Sdra. Ashaari bin Maarof, Setiausaha Majlis
                         Bersama  Kebangsaan  Bagi  Pihak  Pekerja  Sains  dan  Teknologi  bagi

                         Persidangan  Perwakilan  Majlis  Bersama  Kebangsaan  Bagi  Pihak  Pekerja
                         Sains dan Teknologi kali ke-15 dari muka surat 15 hingga 20 dan lampiran

                         senarai  perwakilan  dari  muka  surat  21  hingga  25,  lampiran  senarai
                         pemerhati dari muka surat 26 hingga 27, lampiran Usul-usul yang diterima

                         untuk  dibahaskan  pada  sesi  2020-2022  pada  muka  surat  28  hingga  29,
                         lampiran  senarai  pencalonan  Ahli  Majlis  Penuh  Pihak  Pekerja  Majlis

                         Bersama  Kebangsaan  Sains  dan  Teknologi  bagi  sesi  2020  hingga  2022
                         bermula  muka  surat  30  hingga  37  dan  lampiran  yang  terakhir  adalah

                         keputusan  pengiraan  undi  bagi  Ahli  Majlis  Penuh  Pihak  Pekerja  Majlis

                         Bersama Kebangsaan Sains dan Teknologi bagi sesi 2018 hingga 2020.

                   5.2  Sdra. Reostam bin Dzahar dari Kesatuan Pemandu-Pemandu Kementerian

                         Kesihatan Semenanjung Malaysia mencadangkan minit ini diterima.

                   5.3  Disokong  oleh  Sdra.  Haji  Kamal  bin  Abu  Bakar  dari  Kesatuan  Pembantu

                         Pembedahan  Pergigian  Semenanjung  Malaysia  dan  Mesyuarat  bersetuju
                         sebulat suara.




















                                                             20
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31