Page 29 - EBOOK PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN
MBK
S&T
P. 29
10] PELANTIKAN DUA (2) ORANG PEMERIKSA KIRA-KIRA DALAMAN
10.1 Sebelum dilaksanakan pemilihan terhadap pemeriksan kira-kira dalaman,
YBhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan pemilihan ini adalah daripada
kesatuan yang tidak bertanding dan dapat dipilih daripada dalam
kalangan kesatuan ataupun wakil yang berada di sekitar Kuala Lumpur
atau Selangor. Ianya adalah untuk memudahkan urusan pengendalian dan
tidak melibatkan kewangan atau peruntukan kewangan yang lebih
daripada MBK SNT.
10.1.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara atas saranan YBhg. Dato’
Pengerusi.
10.2 Pelantikan
i) Sdra. Zailani bin Hitam Dari Kesatuan Kebangsaan JKR & Air
ii) Sdri. Azira binti Ahmad Dari Kesatuan Bidan-Bidan dan Jururawat Masyarakat
Kerajaan Semenanjung Malaysia (KBJMKSM)
10.3 Keputusan
Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara memilih Sdra. Zailani bin Hitam dan
Sdri. Azira binti Ahmad sebagai Pemeriksa Kira-Kira Dalaman bagi sesi 2022-
2024
11] MENIMBANG DAN MELULUSKAN KETETAPAN-KETETAPAN DAN PINDAAN-PINDAAN
PERELMBAGAAN (JIKA ADA)
11.1 Mesyuarat diberitahu bahawa tiada sebarang cadangan terhadap
pindaan-pindaan perlembangaan yang diterima oleh pihak urus setia
berdasarkan Notis Awal persidangan dikeluarkan kepada kesatuan
gabungan untuk dibahaskan dalam persidangan kali ini.
12] MEMBINCANG, MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL-USUL (JIKA ADA)
12.1 Sdr. Ashaari Maarof selaku Setiausaha membentangkan Usul/Kertas
Cadangan bagi Persidangan Perwakilan kali ke-16 Majlis Bersama
Kebangsaan Sains dan Teknologi sesi 2022-2024 iaitu sebanyak 3 kesatuan
23