Page 32 - Buletin PU Subang Edisi Ulung 012020
P. 32
BERITA UNIT BERITA UNIT
PLTT ANGKUT
PLTT ANGKUT
PROGRAM JIWA MURNI
JITRA, 8 Mac 20 - Skuadron PLTT Angkut telah
menjalankan Program Jiwa Murni ke Madrasah Tahfiz
Taufiqillah (MTT) yang bertempat di Lembah Arang,
Mukim Wang Tepus, Jitra Kedah. Rombongan ini terdiri
daripada 6 orang pegawai diketuai oleh Ketua Flait Latih Mej
Saifuddin Bin Noordin TUDM.
Madrasah ini didiami oleh 50 anak-anak yang bakal bergelar sebagai
Hafiz/Hafizah. Seramai 70% daripada kalangan mereka ini adalah berasal daripada
golongan anak-anak yatim, fakir miskin dan muallaf. Kesemua mereka telah diberi
tajaan percuma daripada Madrasah Tahfiz Taufiqillah. Pembiayaan pengajian mereka
juga disumbang melalui hasil
jualan produk keluaran
Madrasah tersebut serta
bantuan sumbangan daripada
orang awam.
Sehubungan dengan itu,
pihak PLTT Angkut amat
bebesar hati memberikan
sumbangan hasil daripada
kutipan derma daripada
anggota-anggota PLTT Angkut
kepada penghuni Madrasah
Tahfiz Taufiqillah.
PERPINDAHAN PLTT ANGKUT KE HANGAR BARU
SUBANG, 17 Mac 20 - PLTT Angkut telah memulakan
proses perpindahan ke hangar baru iaitu dari
Hangar B ke Hangar E. Proses memindahkan
aset-aset PLTT Angkut dilakukan oleh semua
pegawai, pelatih MECC 07/19 2nd Batch dan
anggota LLP yang lain. Proses perpindahan
mengambil masa selama empat hari bermula dari
17 Mac 2020 sehingga 20 Mac 2020. Proses
perpindahan ini turut dibantu oleh 10 orang
anggota LLP dari lain-lain skuadron penerbangan
dan cawang di unit-unit PU Subang.
Proses perpindahan dibahagikan kepada tiga
fasa. Pada fasa pertama, semua pegawai, pelatih dan anggota LLP PLTT Angkut berkerjasama bagi mengumpul dan mengemas
barang-barang kecil, publikasi serta dokumen penting untuk di letakkan di dalam kotak. Pada fasa ini, semua anggota PLTT Angkut
dipecahkan mengikut seksyen tadbir, operasi, latih dan kejuruteraan bagi mengelakkan barangan tersebut tidak bercampur dan
memudahkan proses penyusunan semula di hangar baru.
Fasa kedua melibatkan pemindahan barangan dan aset PLTT Angkut yang besar. Oleh yang demikian, khidmat treler panjang
dari Depoh Material Utama (DMU) telah digunakan bagi memudahkan kerja-kerja permindahan barang-barang tersebut
dilaksanakan. Kerjasama daripada anggota daripada cawang lain telah banyak membantu dalam memudahkan proses ini dijalankan.
Untuk fasa terakhir, para pegawai, pelatih dan anggota telah berkerjasama untuk menempatkan barang-barang serta perabot
di dalam bilik dan bahagian yang sepatutnya. Seterusnya, proses-proses pembersihan kawasan sekitar PLTT Angkut dilakukan.
Walaupun banyak cabaran dan kekangan tenaga kerja, proses perpindahan PLTT Angkut telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang
perkara yang tidak diingini berlaku. PLTT Angkut telah beroperasi sepenuhnya di hangar baru pada 1 April 2020.
32 BULETIN PU SUBANG BULETIN PU SUBANG 33
Edisi Ulung Tahun 2020 Edisi Ulung Tahun 2020