Page 33 - Buletin PU Subang Edisi Ulung 012020
P. 33

BERITA UNIT                                                                                                      BERITA UNIT






 PLTT ANGKUT
 PLTT ANGKUT









 PROGRAM JIWA MURNI

 JITRA, 8 Mac 20 - Skuadron PLTT Angkut telah
 menjalankan Program Jiwa Murni ke Madrasah Tahfiz
 Taufiqillah  (MTT)  yang  bertempat  di  Lembah  Arang,
 Mukim Wang Tepus, Jitra Kedah. Rombongan ini terdiri
 daripada 6 orang pegawai diketuai oleh Ketua Flait Latih Mej
 Saifuddin   Bin Noordin TUDM.
    Madrasah ini didiami oleh 50 anak-anak yang bakal bergelar sebagai
 Hafiz/Hafizah.  Seramai  70%  daripada  kalangan  mereka  ini  adalah  berasal  daripada
 golongan anak-anak yatim, fakir miskin dan muallaf. Kesemua mereka telah diberi
 tajaan percuma daripada Madrasah Tahfiz Taufiqillah. Pembiayaan pengajian mereka
 juga disumbang melalui hasil
 jualan  produk  keluaran
 Madrasah  tersebut  serta
 bantuan sumbangan daripada
 orang awam.
    Sehubungan dengan itu,
 pihak  PLTT  Angkut  amat
 bebesar  hati  memberikan
 sumbangan  hasil  daripada
 kutipan  derma  daripada
 anggota-anggota PLTT Angkut
 kepada penghuni Madrasah
 Tahfiz Taufiqillah.





 PERPINDAHAN PLTT ANGKUT KE HANGAR BARU

 SUBANG, 17 Mac 20 - PLTT Angkut telah memulakan
 proses perpindahan ke hangar baru iaitu dari
 Hangar B ke Hangar E. Proses memindahkan
 aset-aset PLTT Angkut dilakukan oleh semua
 pegawai, pelatih MECC 07/19 2nd Batch dan
 anggota LLP yang lain. Proses perpindahan
 mengambil masa selama empat hari bermula dari
 17 Mac 2020 sehingga 20 Mac 2020. Proses
 perpindahan ini turut dibantu oleh 10 orang
 anggota LLP dari lain-lain skuadron penerbangan
 dan cawang di unit-unit PU Subang.
    Proses perpindahan dibahagikan kepada tiga
 fasa. Pada fasa pertama, semua pegawai, pelatih  dan anggota LLP PLTT Angkut berkerjasama bagi mengumpul dan mengemas
 barang-barang kecil, publikasi serta dokumen penting untuk di letakkan di dalam kotak. Pada fasa ini, semua anggota PLTT Angkut
 dipecahkan mengikut seksyen tadbir, operasi, latih dan kejuruteraan bagi mengelakkan barangan tersebut tidak bercampur dan
 memudahkan proses penyusunan semula di hangar baru.
    Fasa kedua melibatkan pemindahan barangan dan aset PLTT Angkut yang besar. Oleh yang demikian, khidmat treler panjang
 dari Depoh Material Utama (DMU) telah digunakan bagi memudahkan kerja-kerja permindahan barang-barang tersebut
 dilaksanakan. Kerjasama daripada anggota daripada cawang lain telah banyak membantu dalam memudahkan proses ini dijalankan.
    Untuk fasa terakhir, para pegawai, pelatih dan anggota telah berkerjasama untuk menempatkan barang-barang serta perabot
 di dalam bilik dan bahagian yang sepatutnya. Seterusnya, proses-proses pembersihan kawasan sekitar PLTT Angkut dilakukan.
 Walaupun banyak cabaran dan kekangan tenaga kerja, proses perpindahan PLTT Angkut telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang
 perkara yang tidak diingini berlaku. PLTT Angkut telah beroperasi sepenuhnya di hangar baru pada 1 April 2020.




 32  BULETIN PU SUBANG                                                                                                         BULETIN PU SUBANG        33
 Edisi Ulung Tahun 2020                                                                                                      Edisi Ulung Tahun 2020
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38