Page 37 - Buletin PU Subang Edisi Ulung 012020
P. 37
BERITA UNIT BERITA UNIT
CAWANG BOMBA
CAWANG BOMBA
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT
ANGGOTA CAWANG BOMBA
MENGIKUT SOP COVID 19
SUBANG 06 MAC 20 - Cawang Bomba telah dipertanggungjawabkan dalam tugasan
melaksanakan disinfeksi kepada anggota, anak kapal dan juga pesawat bagi setiap
penerbangan yang dilaksanakan mengikut jadual penerbangan. Tujuan disinfeksi ini bagi
membendung penularan Covid-19 yang semakin menular. Jenis cecair yang digunakan
adalah cecair berjenama ombak. Anggota bomba akan melakukan semburan cecair ke
seluruh badan anggota.
Seramai 3 orang anggota Cawang Bomba telah dinaikkan pangkat. Anggota yang telah
dinaikkan pangkat ialah LUK Mohamad Azrul Syafiq bin Rosli dan LUK Muhammad Husni
bin Hassan. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Pangkuan Koperal Udara berkuatkuasa 02
Jan 20. Seterusnya, LU I Mohamad Fakharuddin bin Mohamed Nawi telah dinaikkan
pangkat Laskar Udara Kanan berkuatkuasa 02 Jan 20. Tahniah diucapkan kepada semua
anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat anggota dapat
meningkatkan lagi semangat dan iltizam dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
TUGAS DISINFEKSI
ANAK KAPAL
DAN PESAWAT
SUBANG 06 MAC 20 - Cawang Bomba telah dipertanggungjawabkan dalam tugasan
melaksanakan disinfeksi kepada anggota, anak kapal dan juga pesawat bagi setiap
penerbangan yang dilaksanakan mengikut jadual penerbangan. Tujuan disinfeksi ini bagi
membendung penularan Covid-19 yang semakin menular. Jenis cecair yang digunakan
adalah cecair berjenama ombak. Anggota bomba akan melakukan semburan cecair ke
seluruh badan anggota.
Penugasan disinfeksi ini juga telah dilaksanakan dengan pemantauan pihak RSAT PU
Subang. Penugasan ini dilaksanakan oleh anggota Cawang Bomba PU Subang bermula
penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 sehingga ke hari ini
memandangkan penularan wabak Covid-19 masih belum hilang sepenuhnya. Disinfeksi ini
dilakukan di laluan utama Bangunan Pergerakan Udara PU Subang.
DEMONSTRASI
KEBAKARAN DI
SK TUDM SUBANG
SUBANG 20 FEB 20 - Cawang Bomba PU Subang telah melaksanakan syarahan dan
demonstrasi kebakaran di SK TUDM Subang bagi memberi pendedahan kepada kakitangan
Sekolah dan para pelajar melalui pengalaman secara langsung menghadapi kebakaran.
Justeru itu, sedikit sebanyak melatih para pelajar melalui kaedah terbaik untuk
menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran di Sekolah. dan mempunyai
kesedaran yang tinggi tentang bahayanya kebakaran.
Selain itu, demonstrasi yang dijalankan dapat memupuk semangat keberanian dan
keyakinan kepada kakitangan Sekolah serta para pelajar dalam memadam kebakaran
diperingkat permulaan. Sekiranya berlakunya kebakaran di Sekolah, para pelajar SK TUDM
Subang dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat serta berkumpul
ditempat yang dikhaskan di kawasan yang selamat.
36 BULETIN PU SUBANG BULETIN PU SUBANG 37
Edisi Ulung Tahun 2020 Edisi Ulung Tahun 2020