Page 104 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 104
Kami telah mempelajari salah satu topik sistem pengangkutan di Merlimau
berdasarkan kursus di dalam modul yang kami pelajari. Oleh itu , kami mengambil
keputusan untuk memilih Merlimau sebagai tempat kajian dan hasil daripada kajian
yang kami jalankan adalah permintaan perkhidmatan e-hailing yang terlalu tinggi.
Masalah utama yang terdapat di Merlimau ialah kekurangan perkhidmatan Grab
Car. Grab Car juga mengandungi syarat-syarat untuk mendaftar sebagai pemandu
dan salah satunya adalah menggunakan kenderaan keluaran tahun 2012 dan ke
atas. Dalam Projek GCS , kami telah mebuat model sebuah pejabat untuk
Perkhidmatan Grab Car dan menyediakan kenderaan yang sesuai untuk digunakan
oleh pemandu kami yang tidak mencukupi syarat tersebut dan supaya dapat
memudahkan dan meringankan beban pemandu yang
ingin menjana pendapatan. Oleh itu, saya dan rakan sekumpulan bercadang untuk
mengadakan perkhidmatan Grab Car di sekitar kawasan Merlimau untuk
memudahkan orang awam seperti pelajar dan penduduk yang tinggal di kawasan
tersebut. Kami juga berniat untuk mengembangkan perkhidmatan Grab Car secara
meluas di kawasan yang kami telah pilih.
Kata kunci : prinsip amalan pengangkutan, masalah pengangkutan awam, Grab
Car Sentral.
KA11
TAB MATEMATIK
4
3
2
1
KO YAN PING , TAY WAN YEE , POH ZI HAN , CHEAH PHEY CHENG
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
1 2
waterball032101@gmail.com, elvery981215@gmail.com
3 4
zihan981209@gmail.com, cheahpc96@gmail.com
Tab Matematik merupakan bahan bantu belajar dan bahan bantu mengajar bagi
mata pelajaran Matematik untuk pengajaran dan pemudahcaraan yang melibatkan
bidang pembelajaran operasi asas, iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi serta
topik-topik lain yang berkaitan seperti pecahan dan nisbah. Bagi operasi darab,
murid-murid melakukan pendaraban secara berasingan mengikut nilai tempat
seperti proses yang dilakukan dalam operasi tambah. Dalam operasi bahagi,
kekurangan kefahaman konsep pembahagian bagi operasi bahagi akan
memberikan kekangan kepada murid-murid untuk menyelesaikan masalah yang
melibatkan operasi bahagi. Mereka tidak memahami konsep baki dan nilai tempat
dalam operasi bahagi. Masalah ini mengakibatkan mereka mudah melakukan
kesilapan semasa menjawab soalan pembahagian. Bagi mengukuhkan konsep
pendaraban iaitu penambahan secara berulang dan konsep pembahagian iaitu
penolakan secara berulang, Tab Matematik juga menyediakan tapak Addtract.
Kaedah konkrit (concrete), gambar (pictorial), abstrak (abstract) diterapkan dalam
Tab Matematik. Tab Matematik mengandungi tapak Multision dan Addtract yang
menunjukkan pola operasi asas, serta kad petak yang manipulatif dan boleh diisi
oleh pengguna untuk menyelesaikan masalah. Ia bertujuan untuk menjelaskan
konsep yang terlibat serta meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid
mengenai operasi asas bagi sebarang nombor bulat, termasuklah topik-topik lain
yang berkaitan. Unsur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diterapkan
dalam projek inovasi ini dengan pengaplikasian Scratch. Kajian inovasi bagi projek
Tab Matematik yang telah dilaksanakan di sekolah telah menunjukkan peningkatan
100