Page 124 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 124
Nota merupakan bahan rujukan yang selalunya dibekalkan oleh pensyarah kepada
pelajar-pelajar di mana ianya boleh menjadi sumber untuk pelajar membuat ulang
kaji. Namun begitu adakala nota-nota yang dibekalkan oleh pensyarah dalam
bentuk nota padat dan mempunyai tulisan yang panjang di mana ianya membuat
pelajar mudah bosan dan sukar untuk fahami. Selain itu juga dapat dilihat pelajar
kerap kehilangan nota yang dibekal oleh pensyarah. Justeru itu kami telah
mencipta satu kaedah bagi memudahkan para pelajar dalam bidang logistik di Kolej
Komuniti Jasin terutamanya kepada para pelajar semester satu memperolehi nota-
nota ringkas bagi modul- modul berkaitan logistik dengan cepat dan mudah dengan
hanya membuat imbas QR code pada poster-poster yang diletak di sekitar
kawasan kuliah di Kolej Komuniti Jasin. Diharap dengan penghasilan inovasi ini,
ianya dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar, cepat dan mudah.
Kata kunci: nota, logstik
KA40
SUPERWRITE SUPEREASY
1
2
RUSNIZA BINTI ABDUL HAMID , UMI NAJMI NADHIRAH BINTI ZULKIFLI ,
3
ROSLINDA BINTI MOHD NOOR , NAZATUL ASYIKIN BINTI JAAFAR 4
Kolej Vokasional Temerloh
Simpang Sanggang, 28020 Temerloh, Pahang.
cikrus83@gmail.com
SUPERWRITE SUPEREASY merupakan satu inovasi yang menggabungkan
pembelajaran dan permainan atas talian (online game). Modul pembelajaran yang
dipilih untuk inovasi ini ialah modul SUPERWRITE, satu modul yang diambil oleh
para pelajar Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran di Kolej Vokasional bawah KPM
dan pelajar yang mengambil bidang setiausaha di UiTM. Objektif inovasi ini adalah
untuk menarik minat pelajar terhadap modul ini memandangkan modul ini agak
susah untuk dikuasai dan pada masa yang sama pembelajaran secara permainan
atas talian akan lebih menyeronokkan. Melalui permainan ini juga, pelajar akan
mudah mengingat konsep-konsep di dalam modul ini. Keunikan inovasi ini ialah ia
menggabungkan pembelajaran dan permainan di mana sebelum ini pelajar hanya
menggunakan buku semata-mata sebagai kaedah pembelajaran. Impak dari
inovasi ini ialah pelajar lebih mudah menguasai
modul ini. Selain itu pelajar akan lebih seronok untuk meneruskan pembelajaran
dari satu topik ke satu topik di mana konsep permainan ini ialah pelajar perlu
menguasai topik semasa (current level) sebelum boleh melangkah ke topik
seterusnya (next level). Inovasi ini dilihat berpotensi untuk dikembangkan kepada
semua Kolej Vokasional yang mengambil modul ini dan juga kepada pelajar-pelajar
UiTM dalam bidang setiausaha.
KA41
EBOOK FIQH V2
2
1
MOHAMAD HAZIM BIN AHAMAD , AHMAD HAFIZUDIN BIN AHMAD NIZAL ,
3
HAZEEQ ZARKASHI BIN MOHD ZAKI , MUHAMAD AKIF AKBAR BIN
4
ABDULLAH
120