Page 125 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 125
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa,
Taman Bukit Pantai, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
mohamad10-986@epembelajaran.edu.my
Inovasi Ebook Fiqh V2 merupakan sebuah aplikasi telefon pintar yang dinamakan
“Mudah Safinatun Najah” hasil terjemahan kitab fiqh yang masyhur kepada sebuah
aplikasi telefon pintar oleh sekumpulan pelajar dari IPG Kampus Bahasa
Antarabangsa. Aplikasi ini merupakan terjemahan dari kitab Safinatun Najah hasil
karya Syeikh Salim Samir al-Hadromi asy-Syafi’e untuk dijadikan rujukan. Dalam
pasca Revolusi Industri 4.0 ini, bahan rujukan melalui platform digital adalah lebih
praktikal berbanding bahan rujukan berbentuk fizikal. Malah, dengan situasi
pandemik yang melanda dunia ketika ini. Penggunaan bahan rujukan melalui
platform digital sangat bertepatan dengan pergerakan yang terbatas untuk
mendapatkan bahan rujukan. Oleh sebab itu, aplikasi ini merupakan satu inisiatif
bagi membantu pelajar merujuk nota yang disusun dalam aplikasi secara percuma
yang dinaiktaraf dengan penambahan persoalan fiqh semasa atau Frequently
Asked Question (FAQ) mengenai tajuk Fiqh. Aplikasi ini dibina supaya pelajar
mudah akses kepada bahan pembelajaran melalui telefon pintar mereka. Pelajar
boleh muat turun aplikasi ini secara percuma di Google Play Store. Aplikasi ini juga
berupaya untuk beroperasi tanpa data internet semasa penggunaanya. Aplikasi ini
juga membantu guru untuk menjayakan kaedah flipped classroom dan blended
learning. Hasil dapatan dari beberapa pengguna menunjukkan kaedah penggunaan
aplikasi ini sangat mudah dan tidak merumitkan. Pembaca boleh memilih dengan
mudah bab yang ingin dibaca tanpa perlu menyelak helaian. Aplikasi ini tidak
dikomersialkan memandangkan niat utamanya adalah untuk membantu pelajar
mudah untuk mengakses kepada bahan pembelajaran secara percuma.
Kata kunci: Terjemahan, Revolusi Industri 4.0, platform digital, fiqh, mudah
KA42
KIT TUTUR BACA WARNA DIGITAL (KIT TBWD)
1
2
FARIDAH BINTI NAZIR, PhD ; AMRIL ZALHA BIN RAMLI MOHD YUNOS ;
3
ABDUL JALIL BIN TOHA @ TOHARA ; ABDUL MANAN BIN KASDI, PhD 4
1 Kulliyyah of Languages and Management, International Islamic University
3
2
Malaysia, Pagoh, Johor; Sekolah Kebangsaan LKTP, Jengka 10, Pahang; Fakulti
4
Pengurusan Maklumat, UITM Puncak Perdana, Shah Alam; IPG Kampus Raja
Melewar, Seremban, Negeri Sembilan
1 2 3 4
fidafn@iium.edu.my, Insanseni86@gmail.com, thealeng@gmail.com, manan12
04@epembelajaran.edu.my
Murid-murid di tahap 1 sekolah rendah dan di sekolah bekeperluan khas sering
mengalami pelbagai masalah seperti masalah tingkah laku, masalah pengamatan,
masalah kemahiran motor, masalah sosialisasi dan emosi. Oleh itu, Kit Tutur Baca
Warna Digital (KIT TBWD) yang terdiri daripada dua item, iaitu perisian untuk
latihan pemintal lidah dan buku aktiviti serta mewarna Kisah Zidni disediakan
dengan objektif agar (a) guru-guru dapat mengamalkan aktiviti terapi ketika proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah sebagai usaha membantu
murid-murid tahap 1 sekolah rendah dan di sekolah bekeperluan khas mencapai
potensi maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, (b) meningkatkan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca, pengamatan, tumpuan, minat dan
121