Page 127 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 127
KA44
PIPE ROLLER SUPPORT (PRS)
2
1
3
FEDRICK USIA , ZAHARILAH ABDUL KADIR , AHMAD LATFI , MUHAMMAD
4
LUTH RAZUAN , SHEIKH MUHAMMAD HAZQIL DANIEL SHEIKH MOHD
SAIFULLIZAM 5
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Jalan Sikamat, Beg Berkunci N0.43, 70990 Seremban, Negeri Sembilan
2
3
1
rickfred912@gmail.com, zaharilahiprm@gmail.com, latfilatif@yahoo.com,
4 5
luthrazuan@gmail.com, sheikh@epembelajaran.edu.my
Aktiviti pemotongan paip besi dan PVC di bengkel memerlukan peralatan yang
mudah digunakan dan selamat. Hasil pemerhatian, semasa melaksanakan kerja
memotong paip besi dan PVC, kesukaran yang dihadapi adalah kerana bentuk paip
besi dan PVC yang bulat, apabila dipotong ianya akan bergerak-gerak dan ukuran
pemotongan menjadi tidak tepat. Malahan ketika memotong paip besi dan PVC
memerlukan bantuan orang lain untuk memusing paip besi dan PVC.
Permasalahan ini telah mencetuskan idea untuk menghasilkan Pipe Roller Support
(PRS). Objektif penghasilan PRS untuk memudahkan proses pemotongan besi dan
PVC dan mendapatkan ukuran yang tepat. Keunikan PRS, berukuran sederhana,
mudah dialih, dibawa dan boleh dikendalikan tanpa bantuan orang lain. Keunikan
PRS menggunakan bahan kitar semula iaitu besi terpakai kerana itu tidak
memerlukan kos yang tinggi selain bercirikan kelestarian. PRS tidak memerlukan
tenaga elektrik, PRS mesra pengguna dan tidak memerlukan peraturan khusus
untuk mengendalikan PRS. Impak penghasilan produk inovasi PRS ini, digunakan
sebagai ‘pemegang’ paip besi, paip PVC dan hasilnya pemotongan paip besi dan
PVC berukuran tepat dan kerja pemotongan boleh dilakukan oleh seorang sahaja
dan ini dapat menjimatkan sumber tenaga manusia dan masa untuk
mengendalikannya. PRS berpotensi untuk dikomersialkan, kumpulan sasaran
untuk menggunakan PRS adalah pensyarah, guru, pelajar bidang teknikal
vokasional dan mekanik di bengkel pemotoran. Selain itu ianya juga boleh
dimanfaatkan untuk industri pembinaan, bengkel-bengkel yang berasaskan
perpaipan dan artisan seni arca yang berasaskan paip. PRS telah didaftarkan
dengan MyIPO dengan nombor pendaftaran LY2021W00501.
Kata kunci: pemegang paip besi, pemotongan, ukuran tepat,
KA45
SIMPLY CURVE
2
1
NOOR HANA OTHMAN , NORIZAM ISMAIL , MOHD FAISHAL ABDUL KUDUS 3
Kolej Komuniti Selayang,
KM 16, Jalan Ipoh, 68100 Batu Cave, Selangor
1
18hanairfana@gmail.com
Pembuatan pola adalah proses untuk membuat pakaian. Pola digunakan sebagai
templat untuk memotong kain yang sesuai dengan spesifikasi yang diperlukan
untuk menjahit pakaian. Kaedah pembuatan pola pakaian menggunakan beberapa
peralatan pembaris yang berbeza. Pembaris tradisional yang digunakan sebelum
ini bukan sahaja panjang, tetapi kadangkala terlalu sukar dibawa ke mana-mana
123