Page 143 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 143
KA69
'E-KUPENMAS: ALTERNATIF PENYELESAIAN MASALAH BERASASKAN
INTERPRESTASI DATA
2
1
ANUAR BIN MD. AMIN , MOHAMAD ASRI BIN AYOB , MOHD HAFIZUDDIN
3
4
BIN MUZAIYIN , MOHD KASHFI BIN MOHD ZAIN , CIK WAN NORASYIDAH
5
BINTI MEOR MOHD AFFANDI , CHIANG WEI LUAN 6
Pejabat Pendidikan Daerah Klang
Jalan Meru, 41050 Klang Selangor.
1 anuarmdamin64@gmail.com, asrina1963@gmail.com, hafidzuddin@gmail.com,
3
2
4 5
kashfi.klang@gmail.com, cikwannorasyidah@gmail.com,
6
chiang.wei.luan@gmail.com
Idea inovasi ini bertujuan untuk mengemukakan satu kaedah alternatif bagi
menyelesaikan masalah yang berkaitan pembelajaran. Satu sistem pengkalan
dataEKUPENMAS (Kuadran Penyelesaian Masalah) dibina dan disepadukan
dengan empat segmen atau sukuan yang mempunyai fungsi tugas yang spesifik
dan saling berkaitan antara satu sama lain. Segmen 1: Menginterprestasi Data;-
menjelaskan keperluan menganalisis data untuk diinterprestasi bagi melihat trend
unjuran prestasi (TUP). Segmen 2: Merungkai Isu;- isu yang diperoleh daripada
data yang telah diinterprestasi perlu dirungkai sebaik-baiknya. Segmen 3:
Merencana Intervensi;- perancangan intervensi perlu relevan dan konsisten
berdasarkan isu yang diperhalusi atau ‘isu akar’. Segmen 4: Menstruktur Strategi;-
perancangan strategi mengutarakan tindakan yang berfokus dan berstruktur.
Justeru, EKUPENMAS telah disebar luas di 40 buah sekolah menengah di daerah
Klang. Latihan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dan Profesional
Learning Community (PLC) diberikan kepada guru-guru supaya dapat diaplikasi di
sekolah untuk meningkatkan kebolehupayaan penyelesaian masalah. Impak
aplikasi inovasi ini boleh diterjemahkan melalui anjakan penyusunan segmen
EKUPENMAS antara 2019 dan 2020. Maklum balas responden juga dapat
ditunjukkan berasaskan aspek kesediaan, keyakinan, kebolehlaksanaan,
kemahiran dan keberkesanan. Merujuk kepada 40 responden, dapatan data
menunjukkan 92% bersedia melaksanakan EKUPENMAS, 89% berkeyakinan
melaksanakan EKUPENMAS dengan jayanya, 94% berpendapat bahawa
EKUPENMAS boleh dilaksanakan di semua jenis sekolah,78% berkemahiran
merancang dan melaksanakan EKUPENMAS dan 68% bersetuju bahawa
EKUPENMAS amat berkesan dengan impak positif. Secara keseluruhannya
didapati bahawa EKUPENMAS dapat diamalkan dengan sempurna untuk
penyelesaian masalah yang sistematik dan konsisten.
Kata kunci: KUPENMAS, Data, Isu, Intervensi,Strategi
KA70
CAR-TABLE
2
1
HAIKAL FITRI HARUN , MUHAMMAD SHAZWAN SHEIKH ABDUL RAZAK ,
3
MOHD RUSYDI MOHD ROSLI .
Kolej Matrikulasi Labuan
139