Page 62 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 62
Penularan wabak Covid-19 menyaksikan perubahan dalam pelbagai perkara
termasuklah dalam pendidikan. Kekuatan teknologi menjadi titik asas kepada
Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) sekali gus membawa kepada
perubahan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) iaitu secara dalam talian.
Mengendalikan PBD dalam talian semasa PdPR bukanlah sesuatu tugasan yang
mudah untuk dilaksanakan oleh semua guru yang mengajar Bahasa Melayu.
Cabaran ini turut dialami oleh guru-guru di SMK St. Patrick, Mukah. Maka, kajian ini
dijalankan untuk mencapai beberapa objektif iaitu mengenal pasti kaedah yang
digunakan oleh guru Tingkatan 1 dalam melaksanakan PBD secara dalam talian
bagi kemahiran membaca dan mencadangkan teknik atau kemahiran yang
digunakan oleh guru Tingkatan 1 dalam melaksanakan PBD secara dalam talian
bagi kemahiran membaca. 3 orang guru telah dipilih sebagai kumpulan sasaran
kajian ini dengan menggunakan pendekatan temu bual dan analisis dokumen.
Dapatan kajian telah menunjukkan penggunaan satu kaedah sahaja oleh guru
Bahasa Melayu Tingkatan 1 dalam melaksanakan penilaian PBD tersebut. Apabila
penilaian PBD dilaksanakan dalam talian, beberapa masalah telah timbul. Pengkaji
telah mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan
menambahkan kaedah pelaksanaan PBD bagi kemahiran membaca secara dalam
talian bagi dua buah kelas yang diajar. Penggunaan teknologi dimanfaatkan iaitu
dengan menggunakan aplikasi Tik Tok. Hasil dapatan penggunaan aplikasi Tik Tok
dalam menguji PBD kemahiran membaca murid telah menunjukkan maklum balas
yang positif daripada murid. Pengkaji memberi cadangan untuk mengadakan
pertandingan Hashtag Syoknya Membaca Berita dengan masih menggunakan
aplikasi yang sama.
Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR), Pentaksiran Bilik
Darjah, kemahiran membaca, kaedah
VPC03
MENILAI TAHAP KONSISTENSI DAN KEAMPUHAN TERHADAP AMALAN
PEREKODAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DALAM KALANGAN
GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DAERAH KLANG
2
1
MOHAMAD ASRI BIN AYOB ,CHIANG WEI LUAN , WAN NORASYIDAH BINTI
3
MEOR MOHD AFFANDI , ANUAR BIN MD. AMIN 4
Pejabat Pendidikan Daerah Klang
Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor.
2 chiang.wei.luan@gmail.com
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap konsistensi dan keampuhan terhadap
perekodan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Menilai tahap kesediaan merujuk
kepada ketekalan pematuhan terhadap arahan terhadap pelaksanaan PBD.
Sementara, keampuhan menjelaskan tentang sejauhmana keberkesanan
pelaksanaan PBD melalui sistem perekodan yang dilaksanakan. Seramai 100
orang penyelaras dan guru yang terpilih telah memberi respon soal selidik. Kajian
ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk ‘Pendekatan Kaedah Kajian
Gabungan Penjelasan Berurutan’ (Sequential Explanatory Design). iaitu secara
kuantitatif (Kaedah Tinjauan) dan diikuti dengan kajian kualitatif iaitu temu bual
(Kaedah respon terbuka) Instrumen soal selidik skala Likert yang terdiri daripada
dua aspek tahap konsistensi dan keampuhan. Kajian ini turut menggunakan
kaedah temu bual respon terbuka (Unobstrusive measurements) untuk melihat
58