Page 67 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 67
yang agak lemah dalam Matematik sejak peringkat awal persekolahan juga boleh
mencapai keputusan Cemerlang dalam Matematik SPM. Pendekatan
Pembelajaran yang berfokus boleh membantu peserta memahami soalan dengan
mudah, mengurangkan kekeliruan, meningkatkan pemahaman konsep dan
pengiraan yang tepat. Pendekatan Pembelajaran berfokus ini secara langsung
telah meningkatkan keyakinan, minat, ingatan dan fokus peserta dalam
mempelajari mata pelajaran Matematik.
Kata kunci: Matematik SPM, pembelajaran berfokus, pencapaian
VPD06
KESEDIAAN PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT PSIS TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN (PdPDT)
BAGI KURSUS DISCRETE MATHEMATICS (DBM20083)
1 NORHAFIZAH BINTI ARSHAD, NOOR IZNA SYAZWANA BINTI MOHAMAD
2
3
YUSOP, AHMAD ZAFIR BIN LATIB
Politeknik Sultan Idris Shah,
45100 Sg. Air Tawar, Selangor, Malaysia
1
2
hafizah_arshad@psis.edu.my, iznayusop@psis.edu.my
3
zafir_latib@psis.edu.my
Pandemik Covid-19 telah membawa norma baru dalam sistem pendidikan. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka telah lama diperkenalkan
sehingga pengajaran dan pembelajaran secara atas talian (PdPDT) diperluaskan
mengikut keadaan pandemik semasa. Tujuan kajian ini dijalankan untuk meninjau
kesediaan pelajar Diploma Teknologi Maklumat, Politeknik Sultan Idris Shah
terhadap PdPDT bagi kursus Discrete Mathematics (DBM 20083). Kajian tinjuan ini
dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik melalui
google form berformat Skala Likert 1 hingga 5 sebagai instrumen kajian. Sampel
kajian telah dijalankan ke atas 50 orang pelajar semester 2 daripada Jabatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, jurusan Diploma Teknologi Maklumat di
Politeknik Sultan Idris Shah. Data dianalisis merujuk kepada skor min yang
diperolehi bagi setiap item penilaian di dalam soal selidik. Dapatan kajian telah
menunjukkan skor min adalah di antara 4.14 hingga 4.78 pada tahap yang tinggi
terhadap semua item penilaian di dalam soal selidik. Dapatan ini membuktikan
bahawa pelajar telah bersedia dari semua aspek antaranya pengetahuan &
kemahiran dalam teknologi terkini, kemudahan gajet komputer & akses internet,
serta sikap dan motivasi diri terhadap PdPDT. Selain itu, kajian tinjauan ini juga
dijalankan secara kualitatif dengan menemubual 2 orang pensyarah matematik
yang mengajar Discrete Mathematics. Hasil temubual mendapati bahawa
pensyarah juga telah bersedia terhadap PdPDT dengan pelbagai pendekatan
kaedah pengajaran untuk menarik minat pelajar dan dapat meningkatkan
kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan Discrete Mathematics (DBM 20083).
Kata kunci: Covid-19, Pengajaran dan Pembelajaran Secara Atas Talian (PdPDT),
Discrete Mathematics, Kesediaan pelajar A28:
63