Page 69 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 69
telah menyebabkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tidak dapat
dilaksanakan secara bersemuka. Oleh hal yang demikian, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu kaedah bagi menggantikan proses
PdP secara bersemuka iaitu Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR).
Selaras dengan hasrat KPM untuk terus melaksanakan PdP berlandaskan PAK-21,
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses PdP telah
dilaksanakan. Salah satu kaedah yang dapat menggalakkan pembelajaran
kolaboratif dalam PdPR ialah dengan menggunakan aplikasi Jamboard.
Penggunaan aplikasi ini dapat membantu meningkatkan murid bagi mengikuti
PdPR. Hasil daripada kajian ini telah berjaya mengintegrasikan TMK dalam proses
pembelajaran dan pengajaran secara PDPR dan murid didapati terlibat secara aktif
dalam menyatakan pendapat berkaitan dengan bahan rangsangan menggunakan
aplikasi Jamboard.
Kata kunci: Kolaboratif, PDPR, TMK, PAK-21 dan aplikasi Jamboard,
VPD09
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN BUKU ‘INTRODUCTION TO
ENGINEERING MATHEMATICS FOR POLYTECHNIC STUDENTS’ DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
1 2 3
NORSUZANA BINTI ZAKARIA, NADZIRAH BINTI RASDI, NORHAFIZAH
BINTI ARSHAD
2
1,3 Politeknik Sultan Idris Shah, 45100 Sg. Air Tawar, Selangor; Kolej Komuniti
Taiping, No. 25 Laluan Kamunting 3, 34600 Kamunting, Perak
2
1 norsuzana@psis.edu.my, nadzirah@kktaiping.edu.my,
3
hafizah_arshad@psis.edu.my
Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan buku
Introduction to Engineering Mathematics for Polytechnic Students dalam
pengajaran dan pembelajaran. Buku yang dihasilkan ini berperanan sebagai bahan
rujukan utama kepada pensyarah dan pelajar serta digunakan sepenuhnya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Engineering Mathematics 1
(DBM10013). Tinjauan telah dijalankan ke atas 135 orang pelajar Semester 1
jurusan Diploma Kejuruteraan Awam (DKA), Diploma Kejuruteraan Elektronik
Komunikasi (DEP), Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer (DTK) dan Diploma
Alam Sekitar (DAS) bagi Sesi Dis 2020 di Politeknik Sultan Idris Shah. Kajian
tinjuan ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Skala
Likert 1 hingga 4 digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis merujuk
kepada skor min yang diperolehi bagi setiap item penilaian di dalam soal selidik.
Dapatan kajian telah menunjukkan pencapaian skor min pada tahap yang tinggi
terhadap semua item penilaian di dalam soal selidik. Skor min yang diperolehi
adalah di antara 3.62 hingga 3.82. Dapatan ini membuktikan penghasilan buku ini
telah memberikan impak dan implikasi yang positif kepada pelajar dari segi
kesesuaian isi kandungan, mudah untuk digunakan sebagai bahan rujukan utama
pembelajaran di samping dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep
matematik yang dipelajari. Dapat disimpulkan bahawa secara keseluruhannya
persepsi pelajar terhadap penggunaan buku Introduction to Engineering
Mathematics for Polytechnic Students adalah sangat positif dan dilihat sebagai
bahan rujukan utama di dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat
65