Page 65 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 65
Murid bumiputera menghadapi masalah bahasa pengantar dalam pembelajaran
subjek sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Bahasa Cina bukan bahasa
ibunda atau bahasa komunikasi harian mereka telah menyebabkan murid
menghadapi kesukaran dalam memahami konsep dan isi kandungan pengajaran
sains. Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian dan minat
murid Tahun 4 dengan menggunakan kaedah “Best Friend” dalam tajuk pernafasan
dan perkumuhan manusia. Kumpulan sasaran kajian adalah terdiri daripada enam
orang murid Tahun 4 yang mempunyai pencapaian yang rendah dalam subjek
Sains. Kaedah “Best Friend” yang mengabungkan penggunaan gambar visual,
bacaan istilah sains dalam bahasa cina (hànyŭ pīnyīn) dan aktiviti hands on yang
dapat melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. Kaedah pengumpulan
data untuk kajian ini adalah ujian pra dan ujian pos, pemerhatian dan soal selidik.
Analisis data pencapaian, pemerhatian dan soal selidik murid dalam kajian ini
menunjukkan kaedah “Best Friend” dapat meningkatkan tahap penguasaan dan
minat murid dalam tajuk pernafasan dan perkumuhan manusia.
Kata kunci: Kaedah “Best Friend”, Murid bumiputera, Penguasaan, Minat, Tahun 4,
Sains
VPD03
MENERAPKAN ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK) PENDIDIKAN
KEWANGAN DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN
PELAJAR 4 ST 1 BAGI MATA PELAJARAN SAINS KSSM
ABDUL RAZAK BIN ABDUL WAHAB
SMK Seri Gading
83300 Sri Gading, Batu Pahat, Johor
arazak_82@yahoo.com
Bab 4 Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam merupakan salah satu bab baharu
yang diperkenalkan dalam silibus mata pelajaran Sains Tingkatan 4 KSSM. Dalam
bab ini, para pelajar didedahkan dengan topik-topik yang berkaitan dengan maksud
Teknologi Hijau, sektor-sektor dalam Teknologi Hijau dan aplikasi Teknologi Hijau
dalam kehidupan harian. Salah satu sektor dalam Teknologi Hijau ialah sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Kajian tindakan ini dijalankan untuk
mempelbagaikan aktiviti pembelajaran sains secara hands-on di dalam bilik darjah
dengan penerapan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Pendidikan Kewangan.
Guru telah menjalankan ujian pra – ujian pasca dan pemerhatian ke atas 31 orang
pelajar Tingkatan 4 ST 1 dalam aktiviti pembelajaran membina penapis air sisa
ringkas menggunakan GT Money. Kajian ini mendapati bahawa tahap kefahaman
dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan dalam topik Sektor Pengurusan
Sisa dan Air Sisa telah meningkat. Aktiviti pembelajaran sains secara hands-on
telah berjaya menggalakkan pelajar berfikir secara kritis, berkolaboratif dan
berkomunikasi dalam kumpulan. Penggunaan GT Money telah menarik minat
pelajar dan pelajar bijak mengurus kewangan untuk mengamalkan penjimatan kos
dan mengehadkan penggunaan sumber semula jadi semasa membina penapis air
sisa ringkas.
61