Page 94 - Mesyuarat Agung 2 2023
P. 94
tetapi diuji dalam masa 1 hingga 3 jam sahaja. Bilangan mata pelajaran pula adalah sangat
banyak menyebabkan calon SPM terbeban. Jika kita lihat penilaian pelajar pada peringkat
yg lebih tinggi seperti di tingkatan 6, matrikulasi, program asasi, diploma dan seterusnya
adalah dlm penilaian semester yg mana calon SPM ini akan lalui. Malangnya peringkat SPM
menyediakan laluan yg sukar dan membebankan sehingga menyekat kecemerlangan
pelajar. Sistem semester ini boleh disesuaikan dgn tahap perkembangan kurikulum yg
dirangka khusus secara bertahap. Pentaksiran pencapaian juga boleh menggunakan GPA
dan CGPA dan tidak lagi bilangan A shj.
6 Pembawa Usul : MPSM Johor
Seperti yang kita semua maklum, pengumpulan CRK/CR bagi GCR kakitangan awam
dimulakan pada tahun 2004. Pada masa tersebut, bilangan CRK untuk guru hanya 7 hari.
Guru2 yang mula bekerja selepas tahun 2000 bertuah sebab mereka memang boleh kumpul
hingga 180 hari untuk GCR. Tiada masalah. Namun bagi guru2 yang telah mula bekerja
sebelum tahun 1990, mereka telah kehilangan tempoh lebih daripada 10 tahun untuk
menyinpan CRK mereka. Ini merupakan satu kerugian besar kepada mereka, walaupun
mereka telah menyumbangkan sepenuh tenaga untuk menjalankan kewajipan mereka. Pada
masa itu juga mendapat kelulusan untuk CRK adalah agak sukar. Ramai guru yang tidak
mengambil satu CRK pun dalam setahun. Seperti saya.
7. Pembawa Usul : MPSM Melaka
1. Elaun Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) diberikan kepada sekolah Gred B sama
seperti di sekolah Gred A.
2. Wujudkan Jawatan Warden Asrama BUKAN terdiri dari kalangan Guru.