Page 96 - Mesyuarat Agung 2 2023
P. 96
vi. Jika pengetua tidak mengajar maka pelantikan pengetua boleh diisi
oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Justeru, Kami mengusulkan:
i. Para pengetua dikecualikan daripada mengajar wajib dan dibenarkan
membuat pilihan sama ada mengajar atau pun tidak.
ii. Kriteria wajib pemilihan pengetua perlulah mempunyai sijil iktisas atau
diploma atau Ijazah pendidikan serta Lulus Kursus NPQEL/NPQH.
iii. Kriteria utama pemilihan pengetua perlulah terdiri daripada calon-
calon yang mempunyai pengalaman mengajar di sekolah menengah
sekurang-kurangnya 10 hingga 15 tahun bagi mengupayakan
pengetua sebagai pemimpin Instruksional.
Sekian, saya mohon mencadang.
4 Pembawa Usul : MPSM Selangor
Usul Pengurusan dan Pentadbiran :
i. Mewujudkan satu penilaian prestasi yang berasingan untuk Pengetua
gred DG52 hakiki di mana ia tidak digabungkan dengan jawatan lain
di JPN atau KPM. Bertujuan memberi penghargaan atas kerja buat
Pengetua dalam membangun dan mengurus sekolah yang
sememangnya terdedah dengan pelbagai isu semasa dan melayan
isu komuniti setempat.
ii. Lantikan Ketua Jabatan di Kolej Tingkatan Enam dilaksanakan sama
seperti lantikan Guru Kanan Mata Pelajaran di aliran Perdana dan
dibayar Elaun Tanggungjawab sama seperti rakan di sekolah Gred A.
iii. Di sekolah rendah, KPM dicadangkan berkolaborasi dengan KKM utk
melatih kelompok guru yang diberi sijil bagi mengesan murid2 yang
ada simptom autism supaya boleh meminta ibu bapa berkenaan
merujukkan anak mereka ke hospital untuk pemeriksaan.
Usul Pengurusan Hal Ehwal Murid :
i. Pemakaian uniform sekolah ada unsur pengajaran dan pembentukan
disiplin murid, perlu dikembalikan pemakaiannya dan dikekalkan.
ii. Perlu ada pernyataan yangjelas atau draf undang2 untuk melindungi
tindakan pendidik dalam mendisiplinkan serta memperbaiki sahsiah
murid kecuali yang mendatangkan kecederaan.
Usul Kebajikan Profesionalisme Ahli :
i. Mewujudkan DG56 Khas untuk jawatan PENGETUA.
71