Page 95 - Mesyuarat Agung 2 2023
P. 95
USUL-USUL UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT
AGUNG KALI PERTAMA TAHUN 2023
BIL USUL
1 Pembawa Usul MPSM Pulau Pinang
i. Usul Pengurusan dan Pentadbiran : Setiap sekolah perlu ada ketua
kerani dan Pembantu Tadbir tanpa mengira bilangan murid.
ii. Usul Pengurusan Kurikulum : Setiap sekolah diberi peruntukan kertas
A4 untuk peperiksaan dan modul.
iii. Usul Pengurusan Kokurikulum : Ada guru sukan bertauliah.
iv. Urusan Pengurusan HEM : Setiausaha HEM adalah pembantu HEM
yang lantikan hakiki.
v. Usul Kebajikan Profesionalisme Ahli : Makanan pagi untuk sekolah
menengah bagi murid B40.
vi. Isu Semasa : Duit pembangunan diuruskan oleh sekolah dengan
bantuan PPD
2 Pembawa Usul : MPSM Sabah
i. Usul Pengurusan dan Pentadbiran :Pengredan sekolah Menengah
perlu disemak semula.
ii. Peruntukan PCG matapelajaran dan kokurikulum disemak semula
ekoran kenaikan harga barangan.
iii. Usul Kebajikan Profesionalisme Ahli : Ahli yang menyumbang dalam
peningkatan profesionalime pengetua dan guru perlu diberi insentif
sewajarnya bagi mengalakkan lebih ramai pengetua berkongsi
amalan terbaik sekolah.
3 Pembawa Usul : MPSM Negeri Sembilan
i. Usul Pengurusan dan Pentadbiran :Kami Para Pengetua, menginsafi:
ii. Tugas dan tanggungjawab pengetua semakin bertambah banyak
dengan pelbagai urusan pentadbiran, kepimpinan, pentaksiran,
hububungan luar dan sebagainya.
iii. Pelaksanaan tugas dan tanggungjawab memerlukan waktu yang
panjang dan lebih lama untuk di selesaikan dalam tempoh masa
tugasan harian.
iv. Pentingnya Pengetua menjadi pemimpin Instruksional dengan
berpengalaman luas dalam pedagogi dan kurikulum.
v. Masa mengajar wajib kami sering kali tidak dapat dipenuhi atas
pertembungan tugas dan tanggungjwab sama ada peringkat sekolah,
PPD, JPN dan KPM.
70