Page 5 - Emajalah
P. 5
Pengenalan
Kejiranan adalah merupakan hubungan antara masyarakat
yang tinggal sama ada bersebelahan rumah, kampung atau
negara. Konsep kejiranan memberi impak yang mampu
menghidupkan suasana harmoni sekiranya masyarakat saling
menghormati antara satu sama lain. Masyarakat berjiran
boleh mewujud ketenangan dan kedamaian sesama sendiri
bila menerapkan amalan berkelakuan baik terhadap jiran-
jiran disekeliling.
Kejiranan itu penting, kerana dalam kehidupan berjiran,
masyarakat boleh bersama-sama bersatu-padu untuk
berkongsi dan mengembangkan cara kehidupan ke arah yang
lebih maju jaya. Dalam kehidupan berjiran, tidak sepatutnya
wujud sikap diskriminasi antara manusia sama ada dari segi
paras rupa, perkauman, etnik budaya, agama dan sebagainya.
Membentuk kehidupan berjiran yang aman dan sejahtera itu
merupakan perkara yang sangat mudah namun boleh juga
timbul masalah sekiranya masyarakat tidak mengambil berat
tentang penjagaan perlakuan yang baik itu sesuatu perkara
yang penting.