Page 9 - Emajalah
P. 9
PEMBAHAGIAN JIRAN
Islam membahagikan jiran kepada beberapa
bahagian iaitu jiran beragama Islam yang
mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam
yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran
bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan
dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam
surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu:
Maksud-Nya: Sembahlah Allah dan janganlah kamu
mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat
baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-
anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan
tetangga yang jauh[3] dan teman sejawat, ibnu sabil[4]
dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-
banggakan diri.