Page 11 - Emajalah
P. 11

Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah

             selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali
             memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda


             Rasulullah s.a.w iaitu :

             Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
             maka janganlah dia menyakiti jirannya.”

              Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa
             mudharat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka

             menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka
             misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh
             orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah
             dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudharat.

              Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-
             hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya
             terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti

             demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka
             kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan
             memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya
             kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan

             kemanusiaan.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16