Page 13 - Emajalah
P. 13
Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah
sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak
yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam
mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada
jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada
hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar
yang menyebut telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu
Maksudnya: Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak
maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka
banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith, jelas
menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan
menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan
jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping
menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak
merosakkan akidah dan akhlak.