Page 8 - Emajalah
P. 8

Definisi









         Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang

         membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.

         Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan

         dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar

         daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga

         bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah

         individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda

         Rasulullah s.a.w iaitu :


         Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”




         Berdasarkan kepada hadith

         Rasulullah s.a.w menunjukkan

         bahawa walaupun jarak

         daripada rumah seseorang

         diselangi 40 buah rumah, ia

         juga dikira sebagai jiran

         tetangga.


          Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa

          pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga
          boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh


          manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah
          yang dihuni oleh kita
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13