Page 3 - 3rd INNOTEX peraturan editing
P. 3
10. Bilik Panggilan
Pengurus pasukan perlu memastikan semua atlet melaporkan diri ke bilik panggilan seperti
berikut:
10.1 Acara trek : 30 minit sebelum acara dimulakan
10.2 Acara padang : 45 minit sebelum acara dimulakan
10.3 Acara lombol bergalah : 1 jam sebelum acara dimulakan
Hebahan / panggilan TIDAK akan dibuat untuk proses melaporkan diri dan pihak pengelola
tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta dibatalkan akibat KEGAGALAN melaporkan diri
di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
11. Pendaftaran Penyertaan
Pendaftaran penyertaan hendaklah dibuat secara atas talian menggunakan pautan di bawah
bermula 17 September 2019 sehingga 30 Oktober 2019 (pendaftaran awal). Sekiranya
pendaftaran dibuat selepas 31 Oktober hingga 8 November 2019, ia dianggap sebagai
pendaftaran lewat. Pendaftaran penyertaan akan ditutup pada 11.59 malam, 8 November 2019.
Pada 13 November, buku pertandingan akan dimuatnaik ke laman sesawang rasmi kejohanan
dan semua pengurus pasukan perlu memuatturun dan mencetak buku pertandingan sendiri.
http://bjss.innotex.com.my/
12. Kaedah bayaran yuran penyertaan
12.1 Bayaran melalui deposit tunai / pindahan bank.
Bayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat terus ke akaun:
Innotex Sports Management
8600033199
CIMB bank
Pendaftaran dianggap sebagai terbatal sekiranya bayaran TIDAK dibuat di dalam tempoh masa
pendaftaran dibuka dan resit bayaran perlulah di muat naik ke laman sesawang rasmi
pertandingan sebagai bukti pembayaran telah dilakukan.
13. Bantahan Rasmi
Bantahan rasmi hendaklah dibuat dalam tempoh 30 minit selepas keputusan tidak rasmi
dikeluarkan beserta wang sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja). Wang
tersebut akan dikembalikan sekiranya bantahan rasmi diterima.
14. Tarikh Tutup
08 November 2019 (Jumaat) jam 11.59 malam.
15. Had minima penyertaan
Acara-acara yang kurang dari tiga (3) penyertaan akan dibatalkan.