Page 139 - sejarah spm 2018 nota
P. 139
Menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
Mengenalpasti dan membuka perusahaan baru.
Menguruskan projek industri berat dengan cekap.
Menggalakkan pelaburan modal asing
Membuka perusahaan baru seperti di Skudai (Johor), di Senawang (Negeri
Sembilan), di Bintulu (Sarawak) serta di Manggatal dan Likas (Sabah)
Memperkenalkan zon perdagangan bebas
Contohnya di Bayan Lepas (pulau Pinang) dan di Sungai Way Selangor).
Melancarkan program Kajian Dasar Perindustrian Negara
Mengenalpasti kelemahan dalam struktur perindustrian negara.
Melancarkan Pelan Induk Perindustrian
Menyediakan hala tuju perindustrian negara.
Di Bawah RMK 5
Meningkatkan sektor perindustrian
Melonggarkan peraturan syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta.
Meningkatkan pelaburan dalam sektor perindustrian berorientasikan eksport
Melonggarkan syarat pelaburan asing.
Meningkatkan kecekapan sektor kerajaan
agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta.
Meneruskan pembangunan kawasan luar bandar
Menitikberatkan penggunaan tanah secara cekap.
Menggalakkan industri desa seperti industri kraftangan.
Memperluaskan kemudahan kredit dan insentif
Pinjaman melalui Bank Pertanian Malaysia dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
Menjadikan pelancongan sebagai perusahaan penting
Melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1990.
Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan
Meningkatkan kecekapan guna tenaga bagi meningkatkan produktiviti negara.
(ii) KBAT: Kemukakan bukti yang menunjukkan bahawa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) berjaya meningkatkan kemajuan masyarakat luar bandar di negara kita.
· Kadar kemiskinan masyarakat luar bandar berjaya dikurangkan
· Taraf hidup masyarakat luar bandar berjaya ditingkatkan
· Pendapatan perkapita kaum bumiputera berjaya ditingkatkan
· Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat
· Masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pendidikan
139