Page 143 - sejarah spm 2018 nota
P. 143

Kepentingan: 1. Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa yang panjang akanmemberikan kesan

                                             positif terhadap bekalan tenaga kerja peningkatan produktiviti dan perluasan pasaran.




               2. Jumlah penduduk yang besar akan menyumbang ke arahkekuatan politik dan keselamatan negara

               Strategi:1. Menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhanpenduduk dengan kadar
               pembangunan sosioekonomi negarakhususnya yang berkaitan dengan
               kemudahanpendidikan,perumahan,kesihatan dan peluang pekerjaan.

               2. Segala program negara didasarkan pada unjuran jumlahpenduduk untuk memastikan pertambahan
               jumlah penduduk tidakmendatangkan masalah kepada negara.

               KBAT :

               Masalah yang mungkin dihadapi dan cara-cara mengatasi (dasar Penswastaan, Pensyarikatan @
               Kependudukan)________________________________________________________________________
               _____________________________________________________________________________________
               _____________________________________________________________________________________
               _____________________________________________________________________________________
               _____________________________________________________________________________________

               Rukun Negara*****2018
               ❖ Kesan peristiwa 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
               ditubuhkan. Tun Abdul Razak Hussien menjadi pengarah MAGERAN.
               ❖ Peranannya ialah mengembalikan keamanan, melicinkan pentadbiran dan
               mengembalikan keharmonian kaum.
               ❖ MAGERAN dipertanggungjawabkan mengambil alih pentadbiran negara
               selama 21 bulan dan telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk
               membincangkan dan menilai isu perpaduan negara.
               ❖ MPN menekankan pembentukan ideologi negara yang dikenal sebagai Rukun
               Negara dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.
               ❖ Matlamat Rukun Negara untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara
               corak hidup demokratik, mencipta masyarakat yang adil, menjamin sikap
               liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai dan membina
               masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.
               ❖ Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:
               1. Kepercayaan kepada Tuhan: agama merupakan pegangan utama rakyat
               Malaysia. Rakyat beragama mudah diurus menjadi warganegara yang baik
               dan bertanggungjawab.
               ➢ Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan bahawa Islam agama rasmi tetapi
               agama lain bebas diamalkan.
               2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara: Menuntut supaya rakyat Malaysia
               memberikan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

                                                             143
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148