Page 145 - sejarah spm 2018 nota
P. 145
• Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibubapa
• Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di sekolah
Melayu
• Masalah dalam pelaksanaan Ordinan Pelajaran – Tentangan masyarakat Cina dan India , kekurangan
kewangan dan ancaman komunis
4. Dua elemen penting Penyata Razak untuk memupuk perpaduan:
• Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
• Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan
5. Cadangan Penyata Razak :
• Penubuhan sekolah umum ( rendah ) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar
• Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar
• Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
• Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah
6. Syor/Cadangan Laporan Rahman Talib 1960:
• sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
• sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
• pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan
dan agama
• sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kapada bahasa
Melayu
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah
• Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak
kurang 15 pelajar Islam
• Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-
kurangnya 15 orang pelajar
• Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan
145