Page 141 - sejarah spm 2018 nota
P. 141
Pertanian juga diperkenalkan.
Pembangunan In-Situ
Merupakan strategi untuk meningkatkan produktiviti kawasan pertanian yang sedia ada.
Dilaksanakan melalui projek-projek pembangunaN pertanian bersepadu dan program yang lazim
dilaksanakan oleh jabatan kerajaan contohnya, KEMUBU, BESUT, JOHOR BARAT, KELANTAN UTARA dan
SELANGOR BARAT.
b. Terangkan pelaksanaan Dasar Penswastaan Di Malaysia***** JUN 2018
1. Dasar Penswastaan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad
pada bulan Mac 1983.
2. Menerusi dasar ini, kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan, kepentingan,
pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta.
3. Dasar Penswastaan bermatlamat mengurangkan beban kewangan kerajaan.
4. Selain itu, dasar ini bertujuan meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau
barangan kerana sektor swasta dianggap lebih cekap daripada sektor awam.
5. Dasar Penswastaan diyakini dapat mempercepat pembangunan ekonomi negara melalui
pelaburan modal oleh sektor swasta.
6. Unit Perancangan Ekonomi (UPE) bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan yang
memberikan garis panduan kepada sesebuah kementerian atau jabatan yang ingin
menjalankan penswastaan.
7. Berdasarkan garis panduan yang disediakan, penswastaan boleh dilaksanakan sama ada
secara sepenuhnya ataupun secara sebahagian.
8. Menerusi Dasar Penswastaan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan dan
mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain. Antara syarikat yang terlibat dalam
penswastaan oleh kerajaan termasuklah: Syarikat Airod Sdn. Bhd.Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Dasar Hala Tuju Cara Baru
141