Page 21 - sejarah spm 2018 nota
P. 21

 Meningkatkan kerja sama dengan negara jiran bagi ______________________

                Meluaskan hubungan perdagangan dengan ______________________________
                Menambah bilangan tenaga mahir dengan _______________________________ untuk menampung

               keperluan tenaga kerja
                Meneroka bidang baru seperti nano teknologi bagi bersaing dengan negara lain

                Menggunakan teknologi moden untuk meningkatkan hasil keluaran negara
                Mengadakan promosi / kempen untuk __________________________________________

                Melakukan R&D untuk _______________________________________________
               Mengurangkan kadar cukai bagi minat pelabur asing

               Menyediakan infrastruktur bertaraf antarabangsa
               Menjaga keamanan untuk ________________________________________



               Falsafah *******
               TAMADUN YUNANI
               1. Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi
               mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan
               harian dan alam sekitar mereka.
               2. Ahli falsafah terkenal ialah Herodotus, Socrates, Aristetle dan Plato.
               3. Socrates ialah Bapa Falsafah Barat merupakan pakar dalam perbincangan melalui kaedah
               soal jawab tentang kehidupan masyarakat bahagia dan beliau dituduh merosakkan pemikiran
               masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan meminum racun.
               4. Plato adalah pengikut Socrates dan falsafahnya ialah masyarakat yang sempurna merupakan
               masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.
               5. Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens.
               6. Aristotle adalah anak murid Plato yang cuba mendalami bidang sains dan falsafah dan hasil
               penerbitan beliau mengandungi ilmu logic,metafizik, etika, politik,fizik, sains
               tabii,astronomi dan geologi.
               7. Merupakan guru Alexander the Great.
               8. Karya utama ialah Republic.
               9. Isu utama adalah tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi.
               10. Herodotus adalah ahli falsafah dan ahli sejarah menghasilkan History of Persian Wars
               digelar Bapa Sejarah.
               11. Thusydides adalah pengasas Sejarah Saintifik menghasilkan History of the Peloponnesian
               War yang ditulis berteraskan penyelidikan.

               TAMADUN ROM
               1. Tamadun Rom tidak mempunyai ramai ahli falsafah, maka, tamadun ini banyak mengambil falsafah
               daripada Yunani.
               2. Falsafah Rom berasaskan kepada falsafah Stoisisme yang menekankan keadilan,
               tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan.
               3. Falsafah ini mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang bergantung
               kepada hubungannya dengan alam.


                                                             21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26