Page 24 - sejarah spm 2018 nota
P. 24
1. Terletak di Sg. Musi dan Batang Hari.
2. Memiliki tentera yang besar, terdiri daripada pelbagai golongan rakyat termasuk orang laut. Mereka
mengawal keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka.
3. Kapal dagang dalam perjalanan antara China dan India singgah di sini kerana kedudukan
pelabuhannya strategik di Selat Melaka.
4. Bekalan barang dagang dibekalkan dari kawasan pemerintahannya dan jajahan takluknya.
5. Menurut I Tsing Sivijaya mampu menghasilkan kapal besar.
Kerajaan Maritim Kedah Tua
1. Terletak di Sungai Merbok dan Sg.Muda, Kedah. Jadi pelabuhan entrepot. Bukti : jumpaan
tembikar Cina Dinasti Tang, Song, dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari Timur tengah, manik dari
India, Sri Lanka dan Myanmar. Banyak terpengaruh dengan Srivijaya.
2. Panduan ke pelabuhan – Gunung Jerai.
3. Kedudukan strategik – Selat Melaka, terlindung dari angin monsun, laluan Timur dan Barat.
4. Wujud tempat penyimpanan barang spt. Damar, rotan dan timah. Barangan luar yang ada spt. Teh,
sutera, kaca, manik dan tembaga.
Hubungan Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria
1. Agraria hasilkan beras , makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim Kerajaan maritim
bekalkan barangan mewah spt tembikar, tekstil, gelas, dan manik. – Berlaku perdagangan – cara tukar
barang @ sistem barter.
2. Kerajaan maritim juga perlukan kayu dari kerajaan agraria untuk buat kapal – guna tukang kayu
kerajaan agraria.
3. Kerajaan maritim juga perlukan gajah – diperoleh dari kerajaan agraria.
4. Berlaku hubungan dan saling perlu memerlukan antara kerajaan – hubungan diplomatik.
1. a. Huraikan Proses kedatangan pengaruh Hindu/Buddha.
(Cara Kedatangan H-B) *******
1. Peranan Ksyatria atau tentera – melalui penaklukan.
2. Peranan pedagang atau Vaisya.
3. Peranan Brahmin atau pendeta.
4. Penyesuaian budaya India yang menarik sahaja dengan budaya tempatan berlaku, buktinya arca
bercirikan Asia Tenggara di Srivijaya – ikatan tali kulit harimau hanya ada di Srivijaya.
5. Aspek Hindu/Buddha yang diambil berbeza antara seoang pemerintah di Asia tenggara dengan
pemerintah Asia Tenggara yang lain – di Kedah Tua (Buddha), Dieng di Indonesia (Hindu), Pulau
24