Page 27 - sejarah spm 2018 nota
P. 27
3. Ia juga mempunyai ukiran Ramayana dan Mahabrata.
4. Melambangkan orde kosmos
ii. Pengaruh Buddha dalam kesenian Borobudur.******
1. Candi di Jawa Tengah ini untuk agama Buddha Mahayana.
2. Ia mempunyai 3 tingkat iaitu sila, samadhi dan panna, melambangkan tiga tingkat kehidupan, setiap
tingkat dwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.
3. Di tingkat pertama diukir cerita Gautama Buddha.
d. Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian candi Lembah Bujang.
1. Candi Lembah Bujang terdapat di Bukit Batu Pahat Pendiat dan Pangkalan Bujang.
2. Candi Hindu – terbahagi 2 iaitu Vimana ( bahagian suci tempat arca keagamaan ) dan Mandapa (
bahagian luar).
3. Candi Buddha – memiliki pelan jenis cruciform.
KBAT : Pengaruh Hindu Buddha dalam munumen seperti candi perlu dipelihara. Pada pendapat anda,
apakah kepentingan memelihara monument seperti candi pada masa sekarang dan cadangkan
langkah-langkah memelihara dan memulihara monument tersebut. ATAU Bagaimana Monumen di
negara kita boleh menarik kedatangan pelancong
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAB 4 : ISLAM DAN PERKEMBANGAN DI MAKKAH
a. Apakah pengertian Jahiliah. ***** (SPM 2017) (/)
1. Jahiliah daripada bahasa Arab iaitu jahala bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tiada ilmu
pengetahuan.
2. Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya
empangan Maarib di Sabak hingga turunnya wahyu Allah s.w. kepada Nabi Muhammad s.a.w.
3. Mereka tidak menerima ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ismail,
Nabi Musa, Nabi Isa.
27