Page 26 - sejarah spm 2018 nota
P. 26
2. Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah.
3. Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja
putra. Seorang daripada mereka bakal menggantikan raja kecuali raja putra kerana beliau anak gundik.
4. Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat (parvanda atau senapati), seterusnya pegawai lain
seperti haKim, temenggung dan penghulu.
5. Kedudukan hamba terletak paling bawah sekali.
6. Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu (dilantik raja) dan bhupati (orang-orang kaya).
7. Datu perlu bersumpah taat setia di Telaga batu Palembang, berdasarkan bukti jumpaan batu bersurat
di situ.
c. huraikan Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian monumen.*****
1. a. Apakah Maksud Monumen / Jelaskan fungsi monument dalam kerajaan awal di A. Tenggara
1. Monumen ialah binaan/bangunan daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa
penting seperti candi/kuil, wat/stupa, arca dan patung.
2. Candi – berperanan sebagai rumah ibadat, menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya,
menyimpan patung dewa utama dan lambang kehebatan raja.
3. Angkor wat dan Borobudur melambangkan order kosmos.
4. Rumah ibadat di Thailand, Kemboja, Vietnam disebut wat, tetapi di Burma disebut stupa, di Indonesia
disebut candi.
5. Candi Dieng dan Prambanan di Indonesia untuk agama Hindu, tetapi candi seperti Chaiya dan Yarang
di Thailand untuk agama Buddha.
6. Patung Hindu seperti patung dewa Siva, Brahma, Durga.
7. Patung Buddha seperti patung Avalokitesvara.
8. Candi dan patung di Asia Tenggara hasil campuran gaya tempatan dan India. Antara pengaruh India
tersebut ialah patung zaman Dinasti Gupta.
1. b. Jelaskan ciri-ciri monument atau pengaruh Hindu Buddha dalam monument berikut****
i. Pengaruh Hindu dalam kesenian Angkor Wat.
1. Angkor Wat dibina di Siem Reap. Kemboja untuk agama Hindu.
2. Candi ini mempunyai tempat pemujaan di bahagian tengah, setiap sudut mempunyai menara, dan
tembok di sekelilingnya.
26