Page 75 - sejarah spm 2018 nota
P. 75

mengerjakan tanah tersebut.

               2. Rekod bertulis adalah elemen penting dalam mengesahkan pemilikan tanah pada masa British.
               3. Rekod ini juga digunakan dalam urusan tanah seperti cukai, pajakan, sewa beli, jual dan beli tanah.

               4. Tanah juga dilihat sebagai cagaran untuk mendapatkan modal.
               5. Undang- undangan tanah pertama ialah Peraturan Tanah Perak. Seterusnya Kanun Tanah Selangor,

                    Peraturan Tanah Sungai Ujong.
               6. Tanah dibahagikan mengikut nilai komersial seperti tanah ladang, pribumi dan perlombongan.

               7. Kadar cukai tanah bergantung kepada jenis tanah dimiliki.
               c) Kesan pengenalan undang – undang tanah British.

               1. Permohonan kebenaran mendapatkan tanah sama ada syarikat atau individu didapati daripada
                   Pejabat Tanah dan bukan dari pembesar Melayu lagi.

               2. Kebenaran Pejabat Tanah juga diperlukan untuk mengutip hasil hutan seperti nipah, damar, rotan.

               3. Bermakna kuasa residen negeri amat besar untuk menentukan tanah yang boleh diberikan kepada
                   pemodal.
               4. Kelulusan tanah pula bergantung kepada modal, teknologi dan bilangan buruh yang akan digunakan.

               5. Dasar tanah British juga membawa kepada perkembangan ekonomi wang. Di mana cukai, jual, beli,

                   sewa ke atas tanah perlu menggunakan wang. Mamalh orang Melayu perlu membayar cukai hasil
                   hutan dalam bentuk wang.

               6. Kesannya orang Melayu yang tiada wang meminjam daripada orang tengah dan kemudiannya
                   menyelesaikan menjual tanah untuk menyelesaikan hutang mereka.

               d) Undang – undang melindungi tanah bumiputra.
               1. Akta Tanah Simpanan Melayu (TSM) diperkenalkan oleh British bagi mengelakkan tanah milik Melayu

                   berpindah kepada orang asing.
               2. Residen berhak mengisytiharkan mana – mana tanah orang Melayu sebagai TSM untuk mengelak TSM

                   daripada dijual, dipajak gadai, atau ditukar milik.
               3. TSM juga ingin melindungi ekonomi penjajajh, contohnya TSm tidak boleh diusahakan tanaman

                    komersial. TSM tidak subur dan tidak sesuai untuk tanaman perladangan.
               4. Land Order di Sarawak diperkenalkan bagi melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi oleh

                   pengusaha China.
               5. Di sini jaga diperkenalkan Land Settlement Order bagi melindungi tanah peribumi daripada diceroboh.

               6. Di Sarawak pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui perwarisan, bagi mengelakkan
                   pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah kepada orang luar.


                                                             75
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80