Page 78 - sejarah spm 2018 nota
P. 78
insurans kebakaran.
Ordinan Insurans. Pada 1948,enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan
Syarikat Insurans kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.
KBAT : Sejauh manakah kepentingan insuran penting pada masa kini…
______________________________________________________________________________

Kesan – kesan dasar ekonomi British.
a) Perkembangan pembandaran.
1. Pembandaran bermaksud perubahan pekan kecil atau kampung kepada bandar hasil
pertambahan fungsi dan kegiatan ekonomi.
2. Pembandaran lebih cepat berlaku dikawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.
3. Pekan di kawasan perlombongan biasanya mempunyai penduduk yang kian bertambah,
menjadi pusat mengumpul hasil lombong, pusat mendapatkan keperluan harian.
4. Pekan ini kemudiannya menjadi bandar yang menjadi pusat pentadbiran, perbankan seperti
Kuala Lumpur, Taiping.
5. Bandar Miri pula berkembang kerana adanya petroleum.
6. Bandar baru muncul ini menjadi tumpuan penduduk dan berfungsi sebagai pusat perniagaan,
pentadbiran.
7. Bandar ini lengkap dengan kemudahan jalan raya, sekolah, air, elektrik, pusat kesihatan, dan
institusi kewangan.
8. Bandar – bandar ini kebanyakkanya didiami oleh orang China, sebaliknya orang Melayu dan
India menetap di luar bandar.
9. Bandar baru pesat kerana adanya kemajuan pengangkutan dan mempunyai rangkaian jalan
raya dan kereta api.
78