Page 76 - sejarah spm 2018 nota
P. 76
7. Land Order Sarawak seterusnya membhagikan tanah kepada 3 kawasan iaitu tanah campuran, tanah
simpanan dan tanah pedalaman.
8. Imigran hanya dibenarkan memiliki tanah campuran sahaja, manakala tanah simpanan dan
pedalaman dilindungi.
9. Di Sabah pula, Proklamasi III Perlindungi Hak Peribumi yang melindungi kepentingan peribumi
diwartakan oleh British. Peraturan ini menetapkan hak milik peribumi di bawah kuasa
Pegawai Daerah.
10. Segala urusan jual beli tanah di Sabah dengan orang Eropah pula perlu dimaklumkan kepada ketua
peribumi. Penduduk peribumi juga berhak menuntut ganti rugi ke atas tanah yang dijual kepada
orang asing.
e) Dasar British terhadap pekebun kecil getah.
1. Kebanyakan pekebun kecil ialah orang Melayu. British berhasrat mengekalkan orang Melayu
sebagai petani.
2. Maka Enakmen Tanah Padi diperkenalkan untuk mrnghalang tanaman getah ditanam
di kawasan tanaman padi, sekaligus mengurangkan penglibatan pekebun kecil getah dalam
penanaman padi.
3. halangan kepada orang Melayu seterusnya ialah apabila British menaikkan premium tanah baru untuk
tanaman getah.
4. Selepas itu British melarang sama sekali pembukaan tanah baru untuk penanaman getah.
5. Pada awalnya penglibatan pekebun kecil Melayu secara kecil – kecilan tidak mendatangkan
kebimbangan kepada pengusaha Eropah.
6. Apabila ekonomi meleset dan harga getah jatuh, British terpaksa melindungi pengusaha Eropah.
7. Antaranya dengan memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson yang menghadkan pengeluaran
getah negara pengeluar.
8. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pula memberi kuota lebih tinggi kepada pekebun kecil,
mereka juga ditekan kerana dianggap mengancam pengusaha Eropah.
9. Tanaman getah yang banyak masalah ini tetap menguntungkan orang Melayu berbanding
tanaman padi, Oleh itu, orang Melayu tidak berminat mengusahakan tanaman padi.
f) Dasar tanaman padi.
1. Minat orang Melayu kepada getah berbanding padi membimbangkan British kerana Tanah Melayu
terpaksa mengimport beras dari Thailand, Myamnar, Indo-China.
76