Page 7 - BUKU PANDUAN PERATURAN AM PELAJAR PKT
P. 7

4     JABATAN AKADEMIK



           4.1 JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)
           4 . JABATAN AKADEMIK
           Pengenalan


           Jabatan  Kejuruteraan  Elektrik  (JKE)  merupakan  jabatan  induk  yang  pertama  ditubuhkan  di
           Pengenalan
           Politeknik Kuala Terengganu. Dengan rasminya ia telah ditubuhkan pada 1 Januari 1999 di

           bawah  konsep  kampus  dalam  kota.  Terdapat  dua  Program  yang  ditawarkan  pada  masa
           sekarang iaitu :

                                                                                                         masa
              i.     Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) – DEP.
           sekarang iaitu :
                     Program DEP mula ditawarkan pada Jun 2010. Program ini menyediakan pelajar
                     dengan  pengetahuan  dan  kemahiran  dalam  bidang  kejuruteraan  elektrik  dan

                     elektronik.  Pelajar  akan  mengikuti  kuliah,  melaksanakan  tugasan,  memuat  kerja
                     projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Sehingga

                     akhir tahun 2017 sebanyak sebelas (11) batch telah tamat pengajian dalam program

                     DEP. Program DEP ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada MQA (Malaysian
                     Qualification Agency) pada tahun 2012.


              ii.    Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik – DEE.

                     Program DEE pula mula ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PKT pada Jun
                     2014.  Program  ini  menyediakan  pelajar  yang  berpengetahuan  dan  berkemahiran

                     dalam  bidang  Kejuruteraan  Elektrik  dan  Elektronik  yang  boleh  digunakan  dalam

                     pelbagai kerjaya khususnya dalam sektor penjanaan kuasa dan industri pembuatan.
                     Sehingga akhir tahun 2017 jabatan telah mempunyai lapan (8) batch pelajar dalam

                     program  ini.  Program  DEE  ini  juga  telah  mendapat  pengiktirafan  daripada  MQA
                     (Malaysian Qualification Agency) pada tahun 2017.


           Misi


           Misi utama jabatan adalah untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional dalam bidang
           Kejuruteraan  Elektrik  dan  Elektronik  bagi  menampung  keperluan  sektor  awam  dan  swasta

           melalui  penggembelengan  tenaga  secara  profesional  dan  bersepadu  dengan  sistem

           pendidikan yang sistematik dan berkualiti. Ini bersesuaian dengan hasrat jabatan yang ingin
           melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap dan cemerlang sama ada

           dari segi teori mahupun kemahiran, selain ketrampilan dan sahsiah diri yang terbaik.


                                                           6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12