Page 12 - BUKU PANDUAN PERATURAN AM PELAJAR PKT
P. 12

pengawalan  dan  perjalanan  peperiksaan  terutamanya  kepada  pelajar.  Selain  dari  fungsi

          utamanya  mengeluarkan  keputusan  penilaian  kepada  pelajar  hasil  dari  keputusan
          Jawatankuasa  Peperiksaan  Politeknik,  unit  ini  juga  bertanggungjawab  mengeluarkan  Sijil

          kepada  pelajar  yang  telah  tamat  dan  pelajar  yang  telah  lulus  semua  peperiksaan  serta

          memenuhi  semua  kehendak  kursus  setelah  mendapat  kelulusan  dari  Lembaga
          Penganugerahan Sijil / Diploma Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Unit Peperiksaan

          diketuai  oleh  seorang  Pegawai  Peperiksaan  dan  dibantu  oleh  beberapa  Penyelaras

          Peperiksaan Jabatan yang dilantik setiap dari Jabatan Akademik.


             III. UNIT SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN

          Pengenalan


          Unit  Sukan,  kokurikulum  dan  kebudayaan  bertanggungjawab  untuk  mengurus  dan
          menyelaraskan kursus kokurikulum dan aktiviti extra kokurikulum pelajar di Politeknik  Kuala

          Terengganu.  Kursus  ini  merupakan  sebahagian  daripada  kursus  di  jabatan  Induk  dan
          dilasanakan  oleh  pensyarah-pensyarah  yang  dilantik  oleh  Ketua  Jabatan  masing-masing.

          Pendaftaran kursus akan dilaksanakan di awal semester. Pelaksanaan aktiviti kursus ini juga

          perlu mematuhi kehendak dan keperluan MS ISO 9001:2015. Kokurikulum terkini dan telah
          digunapakai adalah mengikut kehendak Outcome Base Education (OBE) dan MQA.


          Selain dari mengurus kursus kokurikulum, jabatan ini juga bertanggungjawab menyelaras dan

          melaksanakan  aktiviti  extra  kokurikulum  (sukan/  kelab/  persatuan  dan  kebudayaan)  seperti
          Karnival Sukan, Liga Bolasepak, Liga Futsal IPT, Kayak dan sebagainya.


          Pelajar-pelajar yang mempunyai potensi dan bakat dalam sukan, kelab dan kebudayaan akan

          dipilih untuk mewakili Politeknik Kuala Terengganu untuk menyertai mana-mana kejohanan
          anjuran Majlis Sukan Politeknik dan juga jemputan daripada institusi / agensi pendidikan di

          bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Pelajar - pelajar yang cemerlang sukan bukan

          sahaja  berpeluang  mewakili  politeknik  bahkan  akan  ditawarkan  biasiswa  sukan  untuk
          membantu bersaing di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.


          Pelajar - pelajar yang mempunyai bakat dan pengalaman dalam sukan/ kelab / persatuan dan
          kebudayan diminta merujuk ke jabatan sukan, kokurikulum dan kebudayaan sekiranya berminat

          menyertai mana-mana aktiviti di politeknik. Anugerah Kecemerlangan Sukan akan disediakan

          dari semasa ke semasa kepada pelajar yang telah memberi sumbangan dalam aktiviti sukan di
          politeknik ini.






                                                           11
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17