Page 15 - BUKU PANDUAN PERATURAN AM PELAJAR PKT
        P. 15
     VII. UNIT LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN
          Pengenalan
          Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) Politeknik Kuala Terengganu merupakan satu
          unit yang bertanggungajawab sepenuhnya merancang program –program latihan untuk seluruh
          kakitangan Politeknik sama ada kakitangan akademik atau bukan akademik demi memastikan
          pembangunan kecemerlangan staf dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan. Selain itu,
          unit  ini  juga  bertanggungjawab  menguruskan  kursus  dan  seminar  untuk  pihak  luar  serta
          penempatan latihan industri bagi pelajar – pelajar IPT lain di PKT.
          Visi
          Menjadikan kakitangan PKT berpengetahuan seiring dengan perubahan dan perkembangan
          dasar – dasar dan teknologi terkini.
          Misi
          Menjadikan PKT sebuah institusi pilihan yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan
          industri.
            VIII. UNIT PEMBANGUNAN INSTRUKSIONAL DAN MULTIMEDIA
          Pengenalan
          Unit Pembangunan Intruksional dan Multimedia (UIDM) berfungsi sebagai unit sokongan yang
          menyediakan alat - alat bantuan mengajar untuk pensyarah - pensyarah menjalankan proses
          pengajaran dan pembelajaran. UIDM juga menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang
          boleh  digunakan  oleh  semua  warga  Politeknik  Kuala  Terengganu  bagi  menjalankan  aktiviti
          pada bila-bila masa. Selain itu UIDM menghasilkan video pelaporan yang dinamakan sebagai
          PoliTV  sebagai  medium  untuk  sebarang  liputan  bagi  pelbagai  aktiviti  dan  program  yang
          berlangsung di Politeknik Kuala Terengganu.
                                                          14
     	
