Page 18 - BUKU PANDUAN PERATURAN AM PELAJAR PKT
        P. 18
     7     MAKLUMAT AM DAN SISTEM PEMBELAJARAN DI PKT
            7.1.  JADUAL KURSUS
           Jadual Kursus adalah tertakluk kepada kalendar akademik tahunan yang diedarkan.
            7.2.  WAKTU PENGAJIAN
           Hari-hari  pengajian  adalah  dari  hari  Ahad  hingga  Khamis  mulai  jam  8:00pagi  hingga
           5:00petang. Masa kuliah adalah tertakluk kepada keadaan.
            7.3.  KEHADIRAN
           Pelajar  wajib  hadir  ke  semua  kelas,  amali  (bengkel  dan  makmal),  bimbingan  (tutorial)  dan
           semua aktiviti atau program akademik mengikut jadual kelas atau arahan kursus berkenaan.
            7.4.  CUTI / PENGECUALIAN KELAS
           Kebenaran cuti atau pengecualian kelas boleh dikeluarkan oleh Pengarah sahaja. Pelajar perlu
           memohon menggunakan borang permohonan Cuti Khas / Kecemasan yang boleh didapati dari
           jabatan  masing-masing.  Cuti  sakit  mestilah  disertakan  dengan  Sijil  Cuti  Sakit  dari  doktor
           kerajaan sahaja (tidak melebihi 2 hari berturut-turut) dan surat akuan doktor swasta adalah
           terhad kepada dua hari berturut-turut dan tidak melebihi 8 hari bagi satu semester.
            7.5.  TIDAK HADIR KULIAH
           Pelajar yang tidak hadir kuliah melebihi 3 jam pertama tanpa alasan kukuh serta munasabah
           akan diberi surat amaran pertama dan sekiranya tidak hadir dan kehadiran tidak mencukupi
           80% tanpa alasan, akan diberi surat tunjuk sebab dan ditahan dari menghadiri peperiksaan
           akhir.
            7.6.  BERHENTI BELAJAR
           Pelajar - pelajar boleh diberhentikan jika disabitkan kesalahannya seperti berikut:
             i.   Melanggar mana-mana peruntukan undang-undang bertulis Politeknik Kuala
                  Terengganu.
             ii.   Melakukan kesalahan jenayah dan didapati bersalah oleh Mahkamah Sivil dan
                  Mahkamah Syariah.
            iii.   Belajar di institusi lain semasa dalam pengajian di Politeknik.
            iv.   Gagal dalam peperiksaan iaitu status Gagal Berhenti.
                                                          17
     	
