Page 19 - BUKU PANDUAN PERATURAN AM PELAJAR PKT
P. 19

7.7    BIMBINGAN KHAS


           Sekumpulan pelajar akan diletakkan di bawah bimbingan seorang pensyarah yang dipanggil
           Penasihat  Akademik  (PA).  Penasihat  Akademik  berkenaan  bertanggungjawab  membantu

           pelajar dalam hal - hal berkaitan akademik.


           7.8    BAYARAN PENGAJIAN


           Yuran yang perlu dibayar oleh pelajar adalah seperti berikut (*tertakluk kepada perubahan
           semasa) :

            Yuran Pengajian
                                                                                   RM 200.00
            (Dibayar pada setiap semester)


            *Yuran Pelbagai


            (untuk pelajar Diploma)                                                RM 600.00

            (untuk pelajar Pra - Diploma)                                          RM 150.00


            (Dibayar semasa hari pendaftaran politeknik)




           7.9    LAWATAN INDUSTRI

           Lawatan  Industri  merupakan  salah  satu  pengisian  program  jabatan  dan  ianya  bergantung

           kepada keadaan, masa dan kesesuaian lawatan tersebut. Lawatan ini bertujuan untuk memberi

           pendedahan  kepada  pelajar  dengan  keadaan  sebenar  di  sektor  industri,  agensi  dan  juga
           jabatan - jabatan kerajaan.


           7.10   LATIHAN INDUSTRI


           Latihan industri merupakan kursus yang wajib dijalani oleh semua pelajar. Semasa menjalani

           latihan, pelajar akan ditempatkan di firma, agensi dan industri. Mereka akan membuat kerja
           atau tugasan seperti yang dilakukan oleh pekerja biasa. Objektif latihan industri ialah:

             i.   Membina personaliti individu yang positif.
             ii.   Kebolehan berkomunikasi.

            iii.   Mengamalkan etika & peraturan kerja yang baik.
            iv.   Menguasai kemahiran bidang kursus.







                                                          18
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24