Page 20 - BUKU PANDUAN PERATURAN AM PELAJAR PKT
        P. 20
     Semua latihan pelajar akan berada dibawah tanggungjawab firma, agensi dan industri yang
           berkenaan. Segala aktiviti harian pelajar hendaklah direkodkan di dalam Buku Laporan Harian
           Latihan  Industri.  Buku  tersebut  hendaklah  diserahkan  untuk  semakan  pensyarah  semasa
           pelajar melapor diri selepas tamat latihan.
           Tempoh latihan adalah selama satu semester iaitu pada semasa semester terakhir pengajian
           bagi Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Dalam tempoh itu,
           pelajar akan diperhatikan dari beberapa aspek seperti sahsiah, kompetensi, dan pencapaian.
           Di akhir latihan pula, pihak firma, agensi dan industri yang berkenaan akan membuat laporan
           tentang prestasi keseluruhan pelajar setelah tamat menjalani latihan industri.
           7.11   KESELAMATAN PELAJAR
           Semasa  berada  di  kawasan  Politeknik  Kuala  Terengganu,  keselamatan  serta  harta  benda
           pelajar adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri. Pelajar dinasihatkan supaya membaca
           dan memahami segala peraturan dalam Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar.
           7.12   KAD PELAJAR
           Pelajar  DIWAJIBKAN  memakai  kad  pelajar  sepanjang  berada  di  dalam  kawasan  kampus.
           Sebarang kehilangan hendaklah dilapor segera ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKT dan bayaran
           proses akan dikenakan bagi setiap penggantian kad.
           7.13   BANTUAN KEWANGAN
              i.   PKT  TIDAK  MENYEDIAKAN  biasiswa  atau  sebarang  bantuan  kewangan.  Walau
                   bagaimanapun, pelajar boleh memohon biasiswa / bantuan kewangan melalui PKT atau
                   memohon sendiri daripada mana-mana penaja.
              ii.  Pelajar  bertanggungjawab  menyediakan  wang  perbelanjaan  secukupnya  untuk  sara
                   hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.
              iii.  Pelajar  dinasihatkan  supaya  berusaha  mendapatkan  maklumat  dan  seterusnya  (jika
                   layak)  memohon  biasiswa  /  pinjaman  dari  Yayasan  Negeri  masing-masing  sebelum
                   mendaftar diri di PKT.
              iv.  Pelajar boleh memohon pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan
                   Tinggi Nasional (PTPTN).
                                                          19
     	
